Pelakon Janna Nick ada memuat naik sekeping foto di Instagramnya semalam.
Foto tersebut melihatkan pelakon drama Leftenan Zana itu tampil bersahaja memakai seluar jeans dan baju lengan panjang sambil posing di atas sebuah motosikal di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
“Semalam lepak dataran…. Awat tak turun???,” tulis Janna.
View this post on InstagramSemalam lepak dataran…. Awat tak turun??? #vivoXjannanick #v15pro #vivomalaysia
Lantas, foto tersebut telah mendapat perhatian dari pelakon Fikry Ibrahim apabila dia juga ‘membalas’ gambar Janna itu.
“Dah turun @jannanick , ada mana tu? Teringin nak tengok awek pakai fullface pink naik nvx, alang-alang boleh p mesin rumput,” tulis Fikry di ruangan kapsyen.
Lalu, netizen mulai ‘mengusik’ kedua-dua pelakon itu yang pernah bergandingan dalam sebuah telemovie seram berjudul Enam.
Dalam perkembangan lain, Fikry Ibrahim tercalon TOP 20 dalam tiga ketegori Anugerah MeleTOP 2019 (AME 2019) iaitu Hos MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP.
Makna bahagia Fikry Ibrahim
Melangkah masuk ke dalam industri hiburan bertiketkan program realiti Lawak Solo pada 2017 ternyata membawa tuah berbeza buat pemuda bernama Fikry Ibrahim. Bakat seni dalam terbentang luas dan tidak lagi terhad pada cabang komedi semata-mata
Sayap rezeki anak kelahiran Kedah itu melebar jauh hingga ke lembah lakonan dan pengacaraan biarpun baru setahun jagung menjejakkan langkah ke dunia seni tanah air.
View this post on Instagram“Don’t practice until you get it right, practice until you can’t get it wrong.”
Fikry sendiri tidak pernah terfikir bahawa bakat komedi dalam dirinya boleh dikembangkan sehingga dia berupaya meraih banyak watak utama dalam drama popular seperti Hero Seorang Cinderella. Dia juga diberi amanah mengacarakan rancangan realiti Gema Gegar Vaganza bagi dua musim berturut-turut.
“Saya menyertai Lawak Solo sekadar ingin mencuba nasib dan sebaik sahaja program itu tamat, saya menganggur selama empat bulan kerana ketiadaan tawaran. Pada waktu itu, saya sudah mula merasakan dunia seni bukan tempat saya.
“Namun percaturan Tuhan itu lebih baik apabila saya bernaung bawah syarikat pengurusan LOL Entertainment, barulah perjalanan kerjaya seni saya mula menampakkan sinar. Lalu memutuskan untuk terus berada dalam bidang ini,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini.
Gembira sibuk
Ketika kerjaya seninya sedang meningkat naik, lelaki berusia 24 tahun itu turut berjuang untuk menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengiklanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam).
Tertangguh dua semester pengajian kerana memberi laluan terhadap Lawak Solo, Fikry memberitahu dia sudah tiada pilihan selain harus menamatkan pelajaran pada tahun ini jika tidak mahu diberhentikan terus oleh pihak universiti.
Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk berehat selama sebulan selepas tamatnya drama bersiri Hati Seorang Perempuan pada bulan puasa lalu bagi memberi fokus terhadap projek akhir akademik dan menghadiri kelas-kelas penting.
“Saya akui memang pening juga untuk mengatur jadual harian bagi memastikan kedua-dua bidang, kerjaya seni dan pelajaran bergerak seiring. Namun saya gembira dengan hidup yang sibuk.
“Alhamdulillah, sekarang saya sudah melepasi ujian dan projek akhir dan hanya perlu menamatkan latihan industri selama empat bulan untuk menggenggam segulung ijazah,” jelasnya lagi.
Pelakon yang bakal muncul menerusi drama bersiri terbaharu bersama Farah Nabilah bertajuk Cik Reen Cik Ngok Ngek bermula 1 Oktober depan turut menyatakan kesediaan untuk memikul banyak tanggungjawab dalam satu masa tidak kira sebagai pelakon, pelawak, pengacara atau pelajar.
“Ia nampak seperti saya tamak tetapi ini adalah rezeki dan saya masih muda serta tiada komitmen peribadi. Lagipun, setakat ini saya masih mampu mengimbangi kesemua tanggungjawab itu dengan baik. Jadi, saya teruskan sahaja.
“Namun kalau boleh saya tidak mahu orang lupa bahawa saya berasal dari pentas lawak kerana itu minat utama saya. Oleh sebab itu, dalam apa sahaja tugasan yang dijayakan, saya cuba selitkan elemen komedi kerana itulah jiwa sebenar saya,” tegasnya lagi.
Dipantau
Menyentuh soal kerjaya juga, umum mengetahui Fikry merupakan pelakon baharu yang dikenali sebagai seorang yang menjaga batas pergaulan dengan mana-mana pelakon wanita.
Tindakannya melukis atau mewarnakan semula bahagian aurat mana-mana pelakon wanita yang dimuat naik di Instagram pernah menjadi isu sehingga dia digelar ‘acah-acah alim’ oleh netizen.
Menyedari tindakan sebegitu mengundang sindiran, Fikry bagaimanapun bertahan dengan prinsip peribadinya. Dia enggan mempedulikan tohmahan sinis yang dilemparkan peminat malah pelakon senior kerana yakin dengan setiap tindakannya.
“Diakui, saya bukanlah baik sangat. Setiap kai berlakon pun ada juga aksi tersentuh tanpa sengaja dan sejujurnya ia membuatkan saya rasa resah kerana tahu ia bukan ikutan yang baik.
“Pendirian saya senang, apa yang termampu saya lakukan dan kawal adalah foto-foto di laman sosial jadi itulah yang saya buat. Sekurang-kurangnya ia mengurangkan rasa kurang senang dalam diri sendiri, itu sahaja,” tuturnya secara tertib.
Tambah Fikry, walaupun sudah dewasa, dia masih lagi dipantau ketat oleh neneknya yang sering memastikan setiap perbuatannya tidak berlebihan dan tetap mematuhi syariat agama.
“Saya bahagia dipantau dan dikawal selia oleh nenek yang memelihara saya sejak lahir kerana itu membuatkan saya sering beringat sebelum terbabas melakukan sesuatu yang negatif.
“Biarlah orang lihat saya macam budak kecil asalkan hati saya tenang untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal,” ulasnya sebelum menutup perbualan.
Memegang gelaran pelajar, pelakon, pelawak dan pelakon pada masa sama, Fikry Ibrahim tidak merungut dengan kesibukan jadual kerjanya bahkan menyifatkan kehidupan yang sibuk sesuatu yang membahagiakan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : IG Janna Nick, Fikry Ibrahim via Media Hiburan