Pada 9 Mac lalu, pelakon cantik Rozita Che Wan baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-46. Berbeza dengan tahun sebelumnya, untuk sambutan pertama Che Ta memilih untuk meraikannya bersama anak-anak yatim. Sambutan kedua pula diadakan secara eksklusif di hotel Mandarin Oriental.
Bagaimanapun, ada cerita yang tidak sedap didengar apabila netizen membandingkan majlis Che Ta dengan sambutan hari jadi ibu mentuanya yang hanya diadakan di rumah. Malah ada netizen tertanya-tanya mengapa tiada kelibat Che Ta di dalam gambar majlis tersebut.
Susulan itu, timbul pelbagai spekulasi dikalangan netizen yang tertanya-tanya mengenai hubungan Che Ta dengan ibu mentuanya itu. Malah, netizen juga mempersoalkan jarang sekali melihat Che Ta bergambar dengan ibu mentuanya.
Komen netizen berkenaan perkara itu mendapat perhatian Sasha Saidin yang memberitahu Zain dan Che Ta tiada di majlis sambutan hari lahir ibunya kerana mempunyai urusan di luar negara.
Ada saja tak kena di mata netizen. Tak bermakna jika Che Ta tak kongsikan gambar dengan ibu mentua bermaksud hubungan mereka bermasalah. Mungkin Che Ta tidak mahu kongsikan gambar dengan mentua kerana bimbang menjadi mangsa kecaman netizen.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : rotikaya