“5 Tahun Jadi Ketua Juri, Tak Pernah Saya Reject Peserta Ujibakat Yang Tiada Rupa” – Sheila Rusly

Penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly kurang bersetuju dengan kenyataan Datuk A. Aida yang mengenepikan peserta ujibakat yang tiada rupa.

Berkongsi pengalamannya sebagai ketua juri Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) selama lima tahun, tidak pernah sekalipun Sheila menolak peserta yang hadir untuk sesi ujibakat mentah-mentah.

“Sepanjang terbabit dengan siri jelajah DFKL, matlamat kita untuk mencari pelakon yang mempunyai pakej iaitu punyai bakat dan rupa.

“Tetapi saya tidak pernah menolak individu yang ada bakat tetapi rupa tidak menyebelah mereka (atau tiada pakej hero).

“Bagi yang punyai bakat saya akan masukkan mereka dalam agensi, kalau bukan untuk watak utama, mungkin juga watak pembantu suatu masa nanti.

“Saya kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. Itu kelihatan bias dan tidak seharusnya berlaku dalam industri kita.

“Kita tak boleh menilai bakat dan rupa seseorang sebaliknya perlu melihat kepada aspek kesungguhan. Nak jadi pelakon perlu ikhlas dan jujur,” katanya kepada Gempak.

Meletakkan contoh Jay Iswazir yang diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2018 menerusi naskah Aku Nazmi, Sheila tidak menolak industri bakal berubah coraknya suatu masa nanti.

“Sama seperti teknologi, citarasa dan minat seseorang juga akan berubah.

“Tak mustahil suatu masa nanti penonton menginginkan hero yang tiada rupa yang kacak. Takkan ketika itu baru nak cari balik?

“Nasihat saya, jangan pandang rendah pada orang yang kurang daripada satu sudut sebab setiap manusia itu pasti ada kelebihan. Beri mereka peluang!” tambahnya.

Sheila juga akui ada menggunakan bakat baharu yang dicungkil daripada DFKL sebelum ini untuk membintangi beberapa dramanya termasuk Leftenan Zana.

Baru-baru ini penggiat industri hiburan tempatan meradang apabila terbit kenyataan produser yang mendahulukan peserta ujibakat yang memiliki rupa berbanding bakat untuk diangkat sebagai pelakon pelapis masa hadapan.

Sumber:astrogempak

Dan dalam pada itu penerbit dan pelakon drama bersiri popular Leftenan Zana, Sheila Rusly menegaskan tidak akan meneruskan sekuel drama tersebut.

Biarpun mendapat sambutan ramai dan permintaan untuk menyambung drama ketenteraan itu untuk musim kedua, Sheila tetap dengan pendiriannya.

“Ramai yang minta saya menerbitkan Leftenan Zana 2 dan Leftenan Zana Raya, tetapi itu tidak akan berlaku,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, dek sokongan dan apresiasi penonton terhadap naskhah tersebut, Sheila akan menerbitkan drama ketenteraan berasaskan pertempuran (kombat) pada tahun 2020.

“Saya masih berbincang dengan pihak Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dan akan ada naskhah baharu daripada JS Pictures Sdn. Bhd. yang lebih gah daripada Leftenan Zana.

“Genre drama ketenteraan sedikit berbeza dan lebih kepada aksi dan kombat. Namun, elemen percintaan masih diselitkan dan saya luaskan skop cinta itu kepada keluarga, negara dan agama.

“Sebenarnya sudah ramai yang menyerah diri untuk membintangi drama itu dan saya akan memilih pelakon yang betul-betul memiliki jiwa ketenteraan.

“Bukan datang set semata-mata nak bergambar pakai baju tentera,” tambahnya yang sibuk dengan program Ketuk-Ketuk Ramadan musim ke-15.

Drama Leftenan Zana meraih lebih 10 juta tontonan di televisyen dan 6 juta tontonan di YouTube sejak bersiaran sejak 8 Februari lalu

Leftenan Zana arahan Azman Haji Yahya atau Jinggo itu mengisahkan impian Zana lakonan Janna Nick yang bercita-cita menjadi anggota tentera tetapi tidak direstui bapanya, Mejar (B) Rahmat (Hairie Othman)..

Drama 10 episod itu turut dibintangi Tunku Hanis, Redza Rosli, Aprena Manrose dan ramai lagi.

Kontrv3rsi yang melanda pelakon utama dan penerbit drama Leftenan Zana iaitu Janna Nick serta Sheila Rusly sama sekali tidak menjejaskan rating drama itu yang kini bersiaran di TV3.

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, meskipun drama itu berbaki tiga episod lagi, ia berjaya mencatat 10 juta tontonan sepanjang 10 episod bersiaran.

Siti Nurlisia turut memaklumkan Leftenan Zana mendapat sambutan hangat di laman Youtube @TV3Malaysia dan Drama Sangat sehingga mencecah enam juta tontonan berdasarkan laporan Nielsen Audience Measurement.

“Kami banyak menerima komen positif penonton yang sukakan jalan cerita Leftenan Zana yang memaparkan kisah suka duka pelatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Drama ini tidak hanya mendapat perhatian rakyat Malaysia malah turut ditonton rakyat negara jiran seperti Singapura dan Indonesia,” katanya.

Siti Nurlisia turut memuji barisan pelakon drama itu yang berani menyahut cabaran syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd dengan melakonkan watak menguji fizikal dan mental.

“Kami berterima kasih kepada pihak produksi kerana bertungkus lumus menghasilkan naskah berkualiti. Sekalung penghargaan juga buat penonton yang menyokong drama ini,” ujarnya.

Leftenan Zana arahan Azman Haji Yahya atau Jinggo itu mengisahkan impian Zana lakonan Janna Nick yang bercita-cita menjadi anggota tentera tetapi tidak direstui bapanya, Mejar (B) Rahmat (Hairie Othman).

Rahmat lebih mengharapkan Zaidi untuk menyambung legasinya tetapi anak sulungnya itu tidak berminat.

Drama Leftenan Zana yang bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam turut dibintangi Redza Rosli dan Tunku Hanis.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : ViralGempak