Bagi yang mengikuti perkembangan Abby Abadi dan Norman Hakim di Instagram, anda pasti tahu bahawa mereka sering keluar bersama dengan keluarga masing-masing walaupun mereka sudah berpisah. Mereka juga masih berkawan baik tanpa menyimpan perasaan negatif.
Malam semalam, Abby Abadi memuat naik foto kandungan perbualan antara dia dan anaknya Danish. Rupa-rupanya..
Terima whatsapp dari anak tengah malam
Buat hal memalam ?
Terkejut kita dpt whatspp dari hp Danish.. Aaikkk tak gi sekolah ke? Main hp lagi ?
Sekali Oman la.. dajeiii sungguh memalam ni HAHHAHAA ???
PS: Terima Kasih ye @normanhakim_786 antar anak2 balik sekolah lambat. Awakkan ada share dgn sekolah dorang. Tahniah! Lain kali buat lagi ???
Abby Abadi terima foto melalui whatsapp dari Danish kira-kira pukul 10.44 malam. Bagi Abby, itu merupakan waktu tidur untuk Danish kerana sudah lewat malam.
Rupa-rupanya..
Rupa-rupanya Norman Hakim menggunakan handphone Danish untuk menyakat Abby Abadi. Paparan skrin diatas telah dimuat naik oleh Abby Abadi di Instagram dan membuatkan netizen terhibur.
Ini komen balas dari Norman Hakim;
Netizen terhibur
Abby dan Norman terima pujian netizen walaupun sudah tiada apa-apa, tetapi mereka masih bergurau senda dan tanggungjawab sebagai ibu bapa tidak diabaikan. Memang tabik lah!
Respons Norman Hakim, anak dara dirisik netizen
SEMENJAK kebelakangan ini, anak-anak pelakon Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi sering menjadi tumpuan ramai.
Jika anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim, 14, menarik perhatian kerana menjadi antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian hafazan di Turki baru-baru ini, anak kedua pula, Marissa Dania Hakim, 13, menjadi bualan kerana personaliti yang dimilikinya.
Marissa yang mempunyai pengikut seramai 192 ribu di Instagram ini mencuri perhatian netizen menerusi aksinya yang digambarkan sebagai pemalu dan sopan santun selain memiliki rupa paras yang cantik, persis ibunya.
Setiap kali Norman berkongsi foto bersama anak perempuannya ini di Instagram, pasti akan mencuri perhatian para pengikutnya sehingga mendapat mendapat puluhan ribu likes.
Terbaru, Norman menerusi status yang dimuat naik di laman Instagramnya hari ini turut berkongsi tentang Direct Message (DM) yang diterima daripada netizen yang cuba ‘merisik’ tentang anak daranya itu.
“Dengar cerita budak kecil @marissadania_ ini tengah ‘viral’. Viral untuk apa tu? Yang pasti habis DM papa penuh dengan ‘risik’an yang padu.Yang pilu pun ada juga.
“Nak bagitahu, anak dara saya ini inshaa-Allah tahun ini masuk 13 tahun bulan Julai nanti. Jauh perjalanan lagi. Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan,” katanya.
Dalam status tersebut, Norman juga menasihati mereka yang mempunyai niat tersebut agar memberi keutamaan apa yang perlu terlebih dahulu, terutamanya dalam soal tanggungjawab terhadap Allah dan ibu bapa.
“Kepada majoriti yang berniat’ untuk menjadi ‘Imam’ melalui DM yang saya baca, alhamdulillah untuk nawaitu yang suci dan ikhlas itu. Saya anggap itu sebahagian daripada permulaan ukhwah dan silaturahim sesama kita.
“Sepatah kata mama @abby_abadi112, ‘utamakan yang utama’. Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yang juga bakal ‘imam’ yang pertama sekali kepada Allah S.W.T. Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibu bapa kita umpama esok tiada lagi hari untuk kita di dunia ini.
“Lepas itu barulah fikirkan untuk ‘mendirikan masjid’. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Nak mendirikan ‘masjid’ ini bukan sekadar bersandar pada teori. Saya yang dah nak masuk anak keenam ini pun masih lagi belajar seni utk ber’masjid,” katanya penuh makna.’
Dalam sungguh maksud kata-kata bapa kepada lima anak ini terhadap mereka yang ‘ada hati’ nak merisik anak keduanya yang masih muda remaja ini.
Dalam pada itu, Norman turut memohon agar netizen yang meninggalkan komen di Instagram perempuannya ini agar mendoakan yang baik-baik.
“Wallahualam segala yang terbaik hanya dariNya. Seboleh mungkin bila ‘comment’ kat anak dara saya ini kat IG dia, sama-sama selitkan doa untuk dia. Sebab doa yang baik-baik itu semua, insyaALLAH akan berbalik pada kita semula.
“Pakai bahasa ‘wicet’ pun no hal, janji sempoi dan maksud sampai.Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas. Itu yang sama-sama kita jaga ok. Aamiin, inshaa-Allah,” akhirinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : ohbulan & sinar harian via theklasik