‘Foto Yang Berjaya buka mata 1 dunia..’ – Benarlah, setiap kejadian ada hikmahnya.

Subhanallah, admin terasa sungguh SAYU dan merasakan diri ini sangat KERDIL bila melihat foto nan Indah ini… Mungkin sejuta perkataan pun masih belum mampu mengungkap apa yang TERSIRAT di sebaliknya…

Setiap kejadian yang berlaku, ada hikmahnya. Ada sebab kenapa ianya berlaku. Kita sebagai umat Islam percaya pada qada dan qadar. Tiada satu pun yang berlaku tanpa izin Allah.

Semoga bertambah KEYAKINAN & KEIMANAN kita kepada Tuhan sekelian alam, Allah  yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana menyusun atur setiap takdir yang menimpa manusia.

Mari kita sekali lagi menghayati firman Allah ini ;

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

 “Dan Mereka Merancang (t1pu daya), Allah juga merancang (membalas t1pu daya) Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas t1pu daya)”

[Ali-Imran : 54]

Terasa sayu saat manusia bukan beragama islam turut sama berganding bahu melindungi.

Sanggup kah kita lakukan perkara yang sama? Atas dasar kemanusiaan.

Jika sebelum ini kita dihidangkan dengan foto2 non Muslim membuat benteng di luar masjid untuk melindungi Muslim yang sedang beribadah di dalamnya tetapi foto ini lebih MENAKJUBKAN daripada itu….

Siapakah yang menggerakkan hati-hati mereka jika bukan Allah? Siapakah yang mencampakkan rasa simpati jika bukan Allah?

Nampaknya, seakan-akan benar ramalan bahawa dunia barat pula akan BANGKIT menjadi PEMBELA Agama di akhir zaman…

Ya Allah, kurniakanlah HIDAYAHMu kepada mereka, aamiiin…

Original message dari laman Fansub Islam;

Masya Allah, Non Muslim di London, membentuk sebuah benteng pertah4nan di dalam masjid untuk menjaga Umat Islam yang sedang sholat.

Allah Maha Kuasa, Muslim yang jarang ke masjid sekarang berbondong-bondong masuk masjid. Bahkan Allah gerakkan non muslim untuk masuk ke rumah-Nya Allah untuk menjaga Muslim yang tengah sholat.

Semoga kalian Allah kasi hidayah, wahai saudaraku non muslim

Teman, Engkau tahukah milik siapakah kenderaan2 ini?

Sudah 3 hari pemilik2 kenderaan ini meninggalkan kenderaan masing-masing di parkir masjid ini. Dan mereka tidak akan kembali untuk mengambilnya semula…

Beginilah keadaannya hari ini sebagaimana hari Jumaat lepas, hari penuh DUK4 bagi umat Islam seluruh dunia. 

Mereka sedang berbahagia di alam lain… 

Semoga Allah menggantikan Mus1bah yang melukakan hati setiap Muslim ini dengan sesuatu yang lebih baik sebagaimana kisah  Ummu Salamah yang masyhur…

Ummu Salamah ketika beliau ditimpa musibah kemat1an suaminya yang tercinta, hingga beliau merasa tiada yang mampu menggantikan tempat suaminya yang sangat istimewa itu.

Namun melalui Doa yang diamalkan ini, Allah telah memberi pahala atas mus1bahnya dan telah menggantikan mus1bah beliau itu dengan yang lebih baik.. iaitu Rasulullah SAW sendiri sebagai suami barunya.

Doa DiTimpa Musibah (Doa Ummu Salamah)

Dari Ummu Salamah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah seorang muslim itu ditimpa suatu musibah, kemudian ia mengucapkan إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji’un [QS 2:156]

(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali) lalu ia berdoa.. 

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Allahumma’Jurni Fii Musibati, Wa Akhlifli Khairan Minha

 

(Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya)

Melainkan Allah SWT akan menggantikan baginya yang lebih baik daripadanya”. (HR. Muslim)

Ya Allah, semoga Engkau REDHA dan menerima mereka di sisiMu sebagai golongan MUTTAQIN… 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  

 

Sumber  :  Telaga nan biru