Pelakon Nadiyah Shahab mengakui pengalaman berlakon bersama aktor Zizan Razak merupakan sesuatu perkara yang sukar dilupakan bagi dirinya.
Menurut Nadiyah, perwatakan Zizan yang kelakar dan sering menukar dialog pada saat akhir membuatkan dia perlu peka ketika menjayakan babak bersama-sama dalam telefilem Saya Jual Ye Bang.
“Selain suka menukar dialog pada saat akhir, sikap lawak yang ada pada Zizan membuatkan saya hendak ketawa sepanjang penggambaran diantara babak kami berdua.
“Kadang-kadang terasa seperti tidak profesional saya ini kerana selalu ketawa sahaja.
“Namun saya tahu itulah cabaran yang harus saya atasi dan perkara itu banyak memberi ilmu kepada saya dalam bidang lakonan,” katanya kepada Gempak.
Nadiyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem terbitan Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang, di GSC Signature Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Selain Nadiyah, telefilem Saya Jual Ye Bang turut menampilkan Uqasha Senrose, Zizan Razak, Idris Khan dan Datuk AC Mizal.
Telefilem Saya Jual Ye Bang, akan menemui penontong menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) dan platform digital ‘On Demand’.
“Wah! Berdenyut Hati Kami, You Guys Memang Ohsem!” – Zizan Teruja Bikers Kental 2 Kutip RM3Juta Dalam 4 Hari
Pelakon mana yang tak gembira kalau lakonan mereka terutamanya di dalam filem mendapat sambutan daripada semua.
Begitu juga dengan Zizan Razak, antara tunggak utama filem Bikers Kental 2 yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang.
“Terima kasih rakyat malaysia!!!! 3 juta kutipan dalam masa 4 hari saja!
“Wahhhhh denyuuuuuut hati kami, u guys memang ohsem gilaaaaaa!!!! Tenkiuuuu! teruskan support tengok #BIKERSKENTAL2 okehhhh!” tulis Zizan dalam nada teruja di Instagramnya.
Sememangnya mungkin di luar jangkaan sesetengah pihak kerana filem Bikers Kental yang ditayangkan pada tahun 2013 hanya mengutip RM2.72 juta dalam tempoh 35 hari.
Syabas untuk team Bikers Kental 2.
VIDEO :
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak