[Video] Allahu Akbar, ‘Ini hikmahnya..!’ – Ramai banjiri masjid kerana ingin tahu tentang Islam setelah peristiwa bersejarah…

 

Subahanallah, Allah sebaik-baik Perancang! Tiada ada sesuatupun yang berlaku hatta kaki yang tertusuk duri sekalipun mempunyai hikmah tersendiri, seperti yang disebut dalam sebuah hadis Nabi ﷺ;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُشَاكُ شَوْكَةً فَمَا فٌوْقَهَا إِلَّا كُتِبَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةً وَ مُحِيَتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيْئَةً – مسلم

”Tidaklah dari seorang Muslim yang tertvsuk duri hingga apa-apa yang lebih berat darinya, kecuali dicatat baginya derajat dan dihapus darinya dengan hal itu kesalahan (Riwayat Muslim).

Apa yang terjadi di NZ juga adalah di dalam ‘Ilmu’ Allah…

Sebuah portal berita terkenal telah menyiarkan sebuah video yang memaparkan tentang KEINGINAN yang memuncak di kalangan masyarakat non Muslim di NZ yangbegitu berminat ingin tahu tentang Islam.

Mereka membanjiri masjid untuk bertanyakan tentang Islam, bahkan ada ramai di antara mereka yang sudah berani masuk ke masjid untuk melihat sendiri bagaimana caranya orang Islam solat. Masya Allah..

Converts to Islam

Mari kita hayati bersama-sama momen indah ini di video di bawah…

Sumber: telagrananbiru. Tq😊

sumber; video; Converts to Islam

 

Latarbelakang…

Vince Focarelli dilahirkan di Itali namun pada usianya yang kecil, beliau telah berpindah ke Australia bersama keluarganya dan membesar di sana. Vince Focarelli adalah bekas ketua g@ngster (kumpulan motosikal) di bahagian selatan Australia.

Difahamkan juga bahawa kumpulan tersebut adalah antara kumpulan terbesar yang terdapat di Australia. Beliau sangat dihormati di kalangan ahli kumpulan dan ahli kumpulan juga amat senang dengan beliau.

Kumpulan yang diketuainya itu adalah serpihan dari kumpulan sebelumnya yang mana beliau bertindak keluar dari kumpulan asal dan bertekad menubuhkan kumpulannya sendiri.

Bila hidayah menyapa…

Di dalam kehidupan Vince, beliau tidak pernah mengetahui akan Islam. Bahkan perkataan Islam itu sahaja tidak pernah singgah ke telinganya apatah lagi ingin mengetahui Islam itu sebagai sebuah agama, amatlah jauh sekali. Vince dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang beragama Kristian (katolik).

Hidayah itu mula timbul tatkala Vince selalu meluangkan masa bersama ahli-ahlinya, duduk bersembang dengan mereka. Dalam banyak-banyak ahli yang menganggotai kumpulannya itu, terdapat sebahagiannya yang berbangsa Arab dan beragama Islam.

Perbincangan mengenai Nabi Isa A.S (Jesus) menarik minat Vince sehingga apabila diceritakan perihal Nabi Isa A.S mengikut kaca mata Islam, Vince kemudiannya mengaitkannya dengan kefahaman agama sedia adanya pada ketika itu.

Perbincangan semakin rancak pada hari-hari yang berikutnya dan sehinggalah Vince merasakan ada sesuatu yang tidak kena mengenai agama sedia ada yang sedang dianutinya. Vince merasakan ada sesuatu yang bertentangan dengan apa yang selama ini diiktikadkan.

Persoalan-persoalan di atas sering menghantui dirinya sehinggalah hidayah itu muncul dan Vince sendiri mengucapkan syahadah, penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah SWT. Maka di sini, bermulalah bahagian kehidupannya sebagai seorang muslim.

Muslim hanya pada nama sahaja pada awalnya…

Tidak dinafikan bahawa perjalanan seorang muslim itu pasti akan diuji. Begitulah juga keadannya Vince. Meskipun Vince telah memeluk Islam, namun dia tetap meneruskan aktiviti bersama kumpulannya. Boleh dikatakan pada waktu itu, Vince hanyalah seorang Muslim pada nama dan bukan pada penghayatannya.

Menjadi ketua di dalam sebuah kumpulanmemerlukan dirinya sentiasa berwaspada. Kumpulan-kumpulan  yang lain sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Vince tidak terlepas dalam beberapa siri perg@duhan ini dan dalam enam percubaan untuk membvn0hnya, kesemuanya dia terselamat. Namun, dalam siri-siri percubaan untuk membun0h itu, salah satu daripadanya telah meragut ny4wa Giovanni, anaknya.

Kisah ‘bertinju’ dalam penj4ra…

Di dalam penj4ra, takdir Allah SWT telah menempatkannya bersama seorang senior dari kumpulan yang pernah dianggotainya dahulu. Entah bagaimana, perg@duhan antara mereka berlaku dan Vince menceritakan kepada kami bagaimana dirinya melutut, berdoa kepada Allah agar diberikan kemenangan pada pertarungan kali ini.

Menyedari bahawa lawannya itu adalah seorang ahli tinju professional, ini menjadikan perlawanan tersebut amat sukar. Di atas kertas, pastilah kemenangan lebih berpihak kepada lawannya namun kuasa Allah SWT, Vince berjaya mengalahkan lawannya dalam masa yang amat singkat dan ekoran dari perg@aduhan tersebut, Vince telah diasingkan ke dalam sebuah bilik tahanan yang lain yang mana Vince ditempatkan bersendiri.

Mula mendekatkan diri denga al-Quran…

Setelah itu, beliau dipindahkan ke sel tahanan yang lain, Vince meminta al-Quran sebagai penemannya. Di dalam penj4ra inilah Vince membaca al-Quran dari mula hinggalah berjaya mengkhatamkannya meskipun Vince sendiri tidak mengetahui isi kandungan al-Quran tersebut.

Sejurus sahaja mengkhatamkan bacaan al-Quran, datang warden penj4ra mengatakan bahawa dirinya telah bebas. 

Perkara pertama yang dilakukan olehnya apabila dibebaskan dari penj4ra adalah dengan pergi ke masjid dan solat di dalamnya. Ekoran peristiwa-peristiwa yang telah menghambat kehidupannya, Vince mula memikirkan arah tujuan kehidupannya. Anaknya telah ma ti dibun0h dengan cara kehidupannya yang lampau.

Kehidupan yang amat tidak berbaloi untuk diikutinya semula. Bermula di sinilah Vince mula mengubah kehidupannya. Meninggalkan kumpulannya bersama segala aktiviti lampau. Vince memulakan hidup yang baru dengan membuka sebuah restoran di Australia.

Restoran yang menyediakan makanan halal dan turut menyumbang kepada masyarakat dengan memberi makan kepada geland4ngan di samping amal jariah yang lain. Vince kini mendapat kehidupan yang tenang setelah kembali mengamalkan Islam dalam setiap aspek kehidupan.

Gambar Vince sewaktu berjumpa Datuk Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Vince Abdul Salam Focarelli…

Vince memilih Abdul Salam sebagai nama Islamnya. Apabila ditanyakan mengapa anda memilih nama Abdul Salam? Jawab Vince:

“Dahulu aku banyak membuat hvru-h4ra, kini aku seorang muslim, hamba Allah SWT. Aku tidak akan membuat hvru-h4ra lagi.”, sesuai dengan nama yang dipilih (Salam) yang membawa maksud selamat sejahtera.

Terkini, Vince telah diarahkan untuk menjalani hukvman deportasi yang mana menjadikan dirinya tidak lagi boleh tinggal di Australia. Oleh itu, Vince telah kembali ke negara asalnya iaitu Italy dan itu tidak mematahkan semangatnya dalam berdakwah, mengajak manusia lain untuk mengenal Islam.

Kisah perubahan dirinya yang menjadi tular pada satu masa dahulu banyak dijadikan sebagai motivasi untuk melakukan perubahan dalam kehidupan bahkan membuka mata ramai pihak bagaimana Islam mampu merubah kehidupan seseorang itu.

Sumber : harakahdaily

Jom totnton video…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber  : telagananbiru