Pelakon, Datin Paduka Eina Azman memaklumkan berita sedih buat dirinya sekeluarga apabila salah seorang orang gaji, yang dikenali dengan sapaan Bik Nur telah pun pulang ke negara asalnya untuk berehat dan mengisi masa dengan menjaga cucu.
Perkongsian tersebut dikongsikan Eina menerusi posting Instagram yang dikemas kini.
“Salam guys… today eina nak share dgn u all apa yang Eina rasa. Rasa sedih sangat bila harini bik nur balik for good.
“Bik nur nak balik sbb nak rest kat kg n nak jaga anak2 cucu. bik nur bibik yang paling lama dgn eina. Dia ada dengan eina masa susah n senang eina. so susah nya rasa nak lepas kan bik nur.
“I can’t stop crying rasa masa heartbroken ngn boyfriend pula. Eina pun bukan majikan yang perfect ada masa eina Ada juga mungkin termarah terkasar. but seriously dalam banyak2 bibik eina. Bik nur berjaya buat eina menangis mcm ni,” tulisnya.
Lalu Eina juga sempat memberi dedikasi terakhir buat Bik Nur dengan membawanya keluar makan dan membeli belah.
Malah, gelagat mereka turut boleh ditonton menerusi potongan video yang dikongsi ibu kepada cahaya mata kembar itu.
“Nasib baik smlm eina sempat dating bawa bik nur jalan2 makan n shopping bersama. Saya tau kamu boleh baca ni bik!! Love you always bik.
“Daripada majikan mu : YANG KUAT BEBEL,” kongsi Eina panjang lebar.
Terdahulu, Eina sekeluarga sebelum ini memang sinonim dengan kisahnya yang mempunyai hubungan cukup baik bersama orang gajinya. Salute!
VIDEO:
Datin Eina Menangis
Seorang majikan yang baik..
KOMEN NETIZEN:
sy fhm eina rasa.. 😢😢😢 sedih kena berpisah dgn bibik yg dh lama bkeje..sy pernah menangis berpisah dgn bibik nak balik indon..sbb dh abes kontrak. nak smbg tp suami dan anak minta suruh balik. so xbole buat apa..wlupun bukan sy upah. sppu sy upah bibik sbb nak minta tlg jaga anak sppu masa tu sy skolah rendah lg.. sy mmg rapat dgn bibik.. bibik seolah2 mcm mak sy kedua.. rindu bibik Saodah..
apsal aku yg laki nangis gak ni… nmpk baik je bik nur ape tah @eina_azman yg sllu bsme hri2… bjumpe mudah tp bile bpisah tu berat rse… tebaik bik nur ❤️❤️❤️
bertuahnya dapat majikan yang berjiwa penyayang..pemurah dan baik hati…tuah ayam nampak dikaki tuah anda kenangan bersama datin eina…😍😊👍
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
SUMBER: Ig eina azman Via Memori Kini