Ahli kumpulan bermotosikal paling g4n-as di New Zealand, Waitkato Mongrel Mob menyatakan ikrar untuk memberi sokongan kepada komuniti Islam di sana dan akan melindungi masjid ketika mereka menunaikan Solat Jumaat susulan tragedi berdarah di Christchurch.
Presiden Kelab, Sonny Fatu berkata, mereka menawarkan bantuan tersebut untuk melindungi Masjid Jamia di Hamilton, utara negara berkenaan.
Katanya lagi, tawaran tersebut diberikan sebagai isyarat bahawa komuniti Islam di sana bebas untuk melaksanakan ajaran agama tanpa sebarang ket4kutan.
Selain Mongrel Mob, beberapa buah kumpulan motosikal lain turut menyatakan sokongan kepada komuniti Muslim N3w Ze4land dan menyuarakan kem4rahan terhadap pelaku yang menyebabkan lebih 50 ny4-wa melayang.
”Kami kekal disini menyokong dan membantu saudara-saudara Muslim selama mana mereka memerlukannya.
”Kami dihubungi oleh beberapa orang wakil komuniti Islam dan mereka memaklumkan kerisauan untuk menunaikan ibadah di masjid. Jadi mereka ada meminta pertolongan dari kami untuk menemani mereka di masjid terutamanya ketika menunaikan solat Jumaat,” kata Sonny.
Dr. Asad Muhsin, Presiden Persatuan Muslim Waikato berkata pihaknya amat menghargai semua sokongan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak. Malah katanya, komuniti Muslim tidak memandang Mongrel Mob sebagai kumpulan yang ganas.
”Kami menghormati mereka sebagai manusia dan kami bersyukur mereka memandang kami begitu juga,” katanya.
Bagaimanapun katanya, komuniti New Zealand harus bersatu-padu dan menunjukkan bahawa mereka tidak akan tunduk kepada kega4n-asan. Justeru katanya, kumpulan Mongrel Mob tidak akan dibiarkan berdiri di luar sebaliknya dijemput masuk ke dalam masjid untuk bersama-sama dengan jemaah.
”Tidak perlu ada ket4kutan dan kami tidak merasa takut. Mereka tidak perlu berdiri di luar masjid dan kami akan menjemput mereka untuk berada bersama-sama kami, di belakang imam bersama-sama jemaah,” katanya.
Selain sokongan daripada Mongrel Mob, komuniti Islam disana juga turut mendapat jaminan keselamatan daripada pihak p0lis.
Sonny juga memberi jaminan bahawa kehadiran mereka di masjid tidak akan memberi ketakutan kepada komuniti lain dan mereka akan berjaga tanpa menggunakan sebarang senjata.
”Kami secara aman akan mengawal di sekeliling masjid, bersama-sama dengan komuniti lain, supaya mereka merasa selamat berada di sini.
”Perbezaan antara kami umpama gam yang mengikat semua komuniti dengan kuat. Lupakan apa yang sudah berlaku dan kita perlu memandang kedepan. Mari kita bersama-sama baiki ker0sakkan yang berlaku dan fikirkan semula perjalanan kita selepas ini,” kata Sonny.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Dailymail via Siakapkeli