Admin sebenarnya kalau ada kesempatan memang nak bantu penjual-penjual kat luar sana, promosi restoran atau bisnes mereka supaya lebih maju dan gempak. Usaha peniaga ni nak bangkit dan berjaya bukanlah senang. Banyak jatuh bangunnya.
Macam contoh kisah yang dikongsikan seorang netizen bernama Balqis ini di Twitter, berkenaan seorang pakcik mualaf Cina yang buka restoran masakan Cina Muslim di Melaka. Ini perkongsiannya…
“Pakcik ni Allahu baik dan lembut sangat… dia sorang je bukak kedai. Saya rasa kesian dan nak sangat bantu pakcik ni”
Menurut Balqis, baru-baru ni dia ada berkunjung ke sebuah kedai masakan Cina Muslim di Melaka lepas pulang dari klinik. Apa yang buat dia tersentuh ialah pakcik Cina Muslim ni baik sangat.
Sangat lembut dalam melayan tetamu tetapi kasihan apabila kedainya tak banyak pelanggan. Pagi tu hanya Balqis dan kawannya saja yang datang ke kedai tu.
“Pakcik tu baik sampai Atika mintak tisu, pakcik suruh tunggu nak keluar pergi beli”
Menurut Balqis, makanan di kedai pakcik tersebut semuanya sedap-sedap dan dia tak kedekut langsung. Bukan saja bagi air free pada mereka, senyuman pun free tau. Siap ajak mereka datang lagi ke kedai tu.
Agak menyentuh hati jugalah bila Balqis beritahu yang pakcik ni sangat menjaga pelanggannya sampaikan tisu yang habis pun dia sanggup suruh mereka tunggu kerana dia nak pergi beli. Ya Allah… susah nak cari owner kedai macam ni ye.
“Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik buat pakcik”
Rata-rata netizen yang teruja nak pergi ke kedai pakcik ni bolehlah hubungi nombornya seperti di bawah dan alamatnya pun ada dinyatakan Balqis kat tweet ni di bawah ni.
Menurut seorang netizen, pakcik ni juga kadang-kadang bekerja sebagai pengayuh baca. Dia hanya berdua jaga kedai dengan isterinya. Makanan di kedai itu memang sedap-sedap belaka katanya!
Siapa yang kat Melaka tu jomlah ke kedai pakcik ni! Share kat kawan-kawan ye, mana tahu weekend ni nak lepak kat Melaka dan berkunjung ke kedai tu.
Sumber : Lobak Merah