Janganlah kita sesekali memandang rendah seseorang berdasarkan penampilan luaran. Sering terjadi di Malaysia, hanya kerana penampilan ringkas, kita akan dianggap sengkek. Ikuti Pengalaman kisah pengasas Alha Alfa, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil berkongsi berita gembira kerana impian untuk membeli rumah sendiri tercapai.
Alha melahirkan rasa syukurnya menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto di hadapan rumah barunya.
Alha juga menyifatkan rumah yang dibelinya itu merupakan hadiah perkahwinan bersama tunangnya, Noor Azlin Ismail.
“Ya allah. Sujud syukur atas rezeki ini..My 1st own house.
“Tak besar mana tapi syukur..Alhamdulillah..ALLAH sebaik-baik perancang.
“Rumah ni alha beli tahun pertama jual @alhaalfacosmetics_hq time ni k0rek habis-habis duit yang ada nak beli..
“Time pergi tengok rumah ni,bawak alza lagi..Orang tu pun pandang atas bawah.
“Pada mulanya tak lepas tapi usaha-usaha jugak alhamdulillahhhhh lepas bayar depo..
“Time tu takde perancangan nak kawen dan baru je kenal-kenal dengan anje i..Time sign agreement rumah siap awal tahun 2020 sepatutnya (maksudnya lepas kawen baru umah siap)..
Tambahnya lagi,
“Tapi masha allah!! Rumah dah siappppp!! Hadiah perkahwinan yang tak di duga! Syukur tayah pening-pening nak carik rumah sewa lagi,” tulisnya.
Alha turut berpesan kepada semua pihak untuk membeli rumah terlebih dahulu berbanding kereta ataupun motosikal kerana harga rumah makin hari makin mahal.
“Korang kalau ada duit lebih, try aim beli rumah dlu compare nak beli keta mewah atau motor mewah melainkan duit tataw nak buat ape dah..
“Sebab rumah ni hrga makin mahal..Alha cuba nak tiru ayah..Ayah ada 3 biji rumah walaupun rumah flat dan satu rumah teres.
“Time tu hemp4s pul4s nak bayar duit umah..Ayah sewakan kat orang..Tapi Alha selalu juga tanya kenapa nak ada 2-3 rumah??
“Jawap ayah..nanti dah tua-tua taknak svsah anak-anak!! Dan ianya berhasil!!
“Duit yang satu masa dlu sewa rm100 now dah rm500 tau! Yang rumah teres tu dari dulu orang sewa 3-4ratus now dah 1k !!
“So bila dah pencen..ayah takde pun minta-minta duit kat kami..sebab hidup berdua dengan ibu..
“Duit umah tu dah cukup buat duit belanje..Benda ni yang ayah selalu cakap dulu..
“So now misi alha nak ada 10 rumah! Aminkan pls..Hehehehe so nanti dah tua tanak kacau anak-anak ehheehe..
“Masa sekarang memang sewa umah rm500 tapi dalam masa 5 tahun! Boleh jadi double tau! Percaya lahhh..
“Satu hari nanti tanah tak cukup rumah mesti mahal gila-gila kan!
“So now mari berjimat..Kite beli dan kumpul rumah ok? Takpe pakai keta kecik pun yang penting rumah sendiri dah ada..
“Dari keta besaq tapi menyewa kan..Contoh perkiraan mudah rumah yang boleh di sewa kan rm1500, kite tayah duduk.
“Kite carik rumah sewa yang harga 700 ke..So duit dari orang sewa rumah kite tu kite untung rm800 lagi boleh buat belanje atau beli satu rumah lagi kos rendah.
“So sampai satu tahap tayah keje dah..Tiap bulan kutip duit sewa umah je ehhehe semoga kite semua di murahkan rezeki olehNYA..Amin3x,” tulisnya lagi.
Rata-rata pengikut Alha mengucapkan tahniah kepadanya malah berasa kagum dengannya.
Sekadar info, Alha Alfa merupakan antara nama jurumekap artis yang dikenali di kalangan industri seni tanah air.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Astrogempak