Jutawan Muda Ini Cari Pembantu Peribadi, Tawar Gaji 200K Dan Melancong Ke Seluruh Dunia

Jika anda sedang mencari kerja atau peluang kerjaya yang lebih baik, maka ini mungkin menjadi salah satu pekerjaan yang anda impikan. Malah, bukan anda seorang sahaja yang menginginkan kerjaya seperti ini, tetapi semua orang di dunia. Pekerjaan yang mudah dan gaji yang tinggi.

Matthew Lepre, seorang jutawan berusia 26 tahun yang mempunyai bisnes secara atas talian ataupun lebih dikenali sebagai e-commerce sedang mencari seorang pembantu peribadi yang akan membantu beliau menguruskan perniagaannya di seluruh dunia.

“Saya dihubungi banyak pihak yang bertanya macam mana untuk memiliki kehidupan mewah seperti ini dan saya sebenarnya memerlukan  seseorang untuk membantu menguruskannya (hidup dan perniagaan)”

 

Menurut lepre, beliau mahu mencari seorang yang memenuhi ciri-ciri ini :

  • Mesti mempunyai kemahiran pengurusan
  • Boleh mengaturkan keperluan untuk melancong
  • Mempunyai pengetahuan dalam media sosial
  • Seorang yang multitasking dan Detail-oriented
  • Boleh membuat kerja pengkeranian dan memiliki kemahiran komputer
  • Memiliki passport yang sah sekurang-kurangnya 12 bulan
  • Bekerja keras dan mempunyai etika bekerja yang baik

Paling menarik, gaji yang bakal diterima oleh pembantu peribadinya itu mencecah $ 52,000 (RM211,116)  setahun. Tetapi, jika mempunyai pengalaman, anda berkemungkinan akan menerima gaji lebih tinggi dari nilai tadi.

Beliau pernah menjadi penuntut jurusan pergigian di univerviti namun memilih untuk tidak menamatkannya dan menubuhkan sebuah perniagaan e-commerce iaitu Academy Worrior pada usia 23 tahun.

Siapa pun pasti akan melalui fasa sukar di dalam hidup. Menurut Lepre, dia juga begitu setelah keluar dari universiti namun beliau berusaha untuk mencari ilmu dan pengetahuan tentang cara mengembangkan bisnes. Dan ternyata usahanya berhasil apabila beliau sekarang berjaya menghasilkan keuntungan  kira-kira $ 120,000 (RM487,257) sebulan yang diperolehi dari empat buah perniagaan e-commercenya.

Lepre menamakan jawatan tersebut sebagai ‘Pekerjaan Paling Hebat Di Dunia’ dan mengatakan bahawa pembantu peribadinya itu akan pergi ke seluruh dunia dengannya. Bukan cuma itu, semua perbelanjaan akan ditanggung olehnya termasuklah penginapan dan insurans kesihatan.

Lepre memilih untuk bekerja sambil bersantai kerana menurutnya pekerjaan itu adalah paling ideal untuk dirinya dan beliau mahu seseorang untuk ‘merasai’ perkara yang sama. Walaupun kehidupan Lepre kelihatan mewah dan ‘mudah’, beliau bukanlah seorang yang sambil lewa dalam pekerjaannya. Lepre berkata : 

“Saya buat banyak kerja setiap hari tetapi saya tetap berpegang pada prinsip work hard, play harder

Lepre banyak meluangkan masa untuk meneroka Jepun, Dubai, Hawaii dan pada 1 April ini beliau akan menghabiskan satu bulan untuk menubuhkan pejabat barunya di Thailand.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : news.com.au via Siakap keli