[VIDEO] “Sorry Tertampar Betul-Betul” – Lakonan Mantap Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Tercalon Anugerah Skrin

Siapa yang tak kenal dengan Fasha Sandha, pelakon yang mampu menjiwai segala watak yang ditugaskan oleh pengarah. Tidak kira watak protagonis atau antagonis Fasha tetap memberikan seratus peratus fokus terhadap lakonannya.

Terbaru,satu video telah dimuatnaik di laman Instagram Fasha Sandha yang menunjukkan babak lakonannya dalam drama Qalbu yang turut tercalon dalam Anugerah Skrin 2018.

VIDEO :

VIDEO :

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut mendoakan semoga Fasha Sandha terus maju jaya.

Sorry tertampar betul2…

Terbaik dan menyakitkan…

Tampar betull ka tu…

Dunia seni tak seindah mana… Fasha Sandha larang Elisya jadi pelakon

PELAKON Fasha Sandha mendedahkan pada awalnya dia tidak bersetuju dengan keputusan adiknya, Elisya Sandha untuk menceburi bidang seni.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 35, berkata, dia tidak mahu Elisya bergelar artis kerana bimbang adik kesayangannya itu tidak dapat mengharungi dugaan sebagai seorang selebriti kerana dunia hiburan bukan seindah yang disangkakan.

Bagaimanapun kata Fasha, dia akhirnya memberi sokongan penuh selepas melihat kesungguhan Elisya dalam mencipta nama sebagai seorang pelakon namun dia akan sentiasa mencari kelemahan adiknya agar wanita itu dapat menjadi seorang aktres lebih baik.

“Sudah tentu saya bagi sokongan penuh sebab dia adik saya walaupun pada awalnya, saya tak setuju dia jadi artis kerana merasakan adalah lebih baik dia memilih pekerjaan dalam bidang lain.

“Bukan apa… Dalam dunia hiburan ini bukan semuanya indah. Kalau tak kuat, tak boleh jadi artis. Tapi Elisya minat dan nampak dia serius dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-citanya.

Elisya semakin mendapat perhatian sebagai pelakon. 

“Elisya ada bakat tapi saya sentiasa akan mencari kelemahan yang dia ada supaya saya dapat beri tunjuk ajar dalam menjadi pelakon lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Fasha ditemui ketika sidang media Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL) di The News Strait Times (NSTP), Bangsar, Kuala lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, tunang kepada pelakon Aidil Aziz ini akan menjadi salah seorang ahli panel dan juri jemputan untuk bengkel DFKL 2019.

Kata pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini, dia akan menjalankan tanggungjawab besar sebagai juri namun komited dalam berkongsi ilmu lakonan dengan pelakon baharu.

“Saya sendiri sampai sekarang masih dalam proses belajar… Nak kata sempurna itu tidak tapi Insya Allah boleh berkongsi ilmu dengan pelakon baharu.

|

Fasha salah seorang ahli panel dan juri untuk bengkel DFKL 2019.

“Dengan pengalaman yang ada, saya boleh jadi juri yang baik untuk mereka yang akan hadir di bengkel itu nanti.

“Tanggungjawab ini sangat besar sebab nak menilai orang tapi Insya Allah saya akan buat yang terbaik menjadi juri tahun ini,” ujarnya.

Selain Fasha, pelakon Ashraf Muslim turut menjadi ahli panel dan juri jemputan DFKL 2019.

Siri Jelajah DFKL 2019 juga akan memperlihatkan penglibatan barisan pengarah dan penerbit terkenal selaku juri serta ahli panel sesi uji bakat seperti Heykal Hanifah, Datuk A Aida, Along Kamaludin dan Erma Fatima.

Ia akan berlangsung pada 22, 23, dan 24 Mac nanti bersama tenaga pengajar hebat seperti Erma Fatima, Shahrulezad dan Datuk Rosyam Nor.

DFKL 2019 akan menutup tirainya dengan Malam Anugerah DFKL 2019 pada 7 April depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami 

Sumber : Instagram Fasha Sandha