[VIDEO] “Sweetnya Jumpa Jodoh Masa Berlakon” – Aeril Zafrel Taknak Kalah, Dedah Kenal Wawa Dalam Rancangan Astro Ceria

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Baru-baru ini, ramai yang masih terkejut dengan berita pertunangan dua pelakon pembantu drama bersiri Elly & Epit iaitu Abdul Hadi dan Dayana. Selain daripada drama tersebut, mereka juga pernah terlibat dalam beberapa lagi rancangan di Astro Ceria sebelum memilih untuk tidak lagi berada di kaca TV demi meneruskan pengajian masing-masing.

Antara artis yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini adalah aktor Aeril Zafrel. Menerusi satu posting di laman Twitter miliknya, dia turut memaklumkan yang Astro Ceria jugalah yang mempertemukan dirinya dengan isteri, Wawa Zainal menerusi drama KLIK.

Perkara ini juga pernah dimaklumkan sendiri oleh dirinya sewaktu dihubungi oleh pihak MStar kerana isu status perkahwinan dan anak sulung mereka sekitar tahun 2013.

Kami mula bercinta tapi dihalang oleh pihak MIG

Dalam drama bersiri tersebut, Aeril memegang watak utama sebagai Redwan manakala Wawa Zainal pula menghidupkan watak pembantu pelakon, iaitu Amanda.

Antara pelakon muda lain yang turut membintangi drama komedi sekitar 2010-2012 itu adalah Erin Malek, Zalif Sidek, Fatin Afeefa dan ramai lagi.

Rata-rata peminat pelakon dan drama bersiri tersebut membalas tweet Aeril yang mereka juga tidak menyangkakan yang pasangan pelakon ini berjaya menamatkan zaman persahabatan mereka dengan sebuah mahligai rumahtangga.

VIDEO:

Teringat scene Wawa j@tuh longkang dalam cerita tu

Pandai kebas Wawa dulu eh!

Jumpa jodoh masa berlakon…how sweet

Astro Ceria ni memang menceriakan kebahagiaan orang betul

Besar dah diorang dua

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :Twitter aerilzafrel, Mstar & Youtube Astro Ceria via Media Ohsem