Pelakon Rita Rudaini mengakui kehidupan bergelar seorang ibu tunggal kepada dua orang anak, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 bukan sesuatu yang mudah untuk dilaluinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Rita menjelaskan dia tidak mempunyai masa untuk dirinya sendiri sebaliknya harus memberi keutamaan sepenuhnya kepada dua orang anaknya.
“Hidup sebgai ibu dan bapa pada anak-anak, banyak yang harus saya uruskan, sediakan dan fikirkan. Semuanya saya kena fikir sendiri, tugas dan tanggung jawab saya dah double triple.
“24jam berfikir tanpa ada masa untuk fikir pasal diri sendiri tanpa ada masa untuk rest untuk diri sendiri, nak beli itu ini untuk hadiah diri sendiri pon dah saya tak pernah fikir lagi sejak ada dua nyawa lagi dalam hidup saya.
“Masa umpama tidak cukup untuk saya. Setiap masa juga saya selalu fikir kalau ada apa-apa terjadi pada saya, macam mana mereka nnti? Sebab tu saya dah bersedia awal-awal dan berterima kasih banyak-banyak kepada En. Rizuan kerana membantu saya untuk masa depan kedua nyawa saya ni.
“Terima kasih kerana menguruskan Hibah prudential saya untuk mereka. Kepada semua, nasihat saya tak kiralah ibu tunggal ke or masih berkeluarga malang tidak berbau.
“Sediakanlah payung sebelum hujan kerana tak semestinya panas sampai ke petang,” tulisnya.
“Sebak Tengok, Kasih Sayang Anak Kepada Ayahnya,” – Bila Rita Rudaini Kongsi Video Anak Bersorak Harimau Malaya Ke Final
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan bekas suaminya, Aidil Zafuan berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013.
Pelakon, Rita Rudaini berkongsi momen apabila anaknya, bersorak gembira saat Malaysia layak ke final Piala AFF Suzuki 2018, semalam.
“1st time tgk dia hargai team negara sendiri #Airit,” tulisnya di kapsyen.
Bagaimanapun, lain pula yang dilihat netizen apabila ramai yang dilihat sebak melihat video itu. Kebanyakannya melahirkan rasa simpati terhadap anak-anak Rita yang hanya mampu melihat ayah mereka dari jauh.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang turut berkongsi kisah sama dengan pelakon filem Mami Jarum itu.
Sebelum ini, Rita ada memuat naik posting terbaru iaitu foto bekas suami, Muhammad Aidil Zafuan Radzak bersama dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqinm 9 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 7 tahun.
Katanya, ada pihak yang bagaikan tidak senang andai dia berbaik semula dengan bekas suami demi anak-anak.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Foto/Instagram: Rita Rudaini
Sumber: Gempak