Berkongsi kegembiraan yang disifatkan sebagai sempurna apabila dua keluarga ini menikmati percutian bersama di Pulau Redang, Terengganu, Norman Hakim dilihat mendakap dan menc1um pipi setiap ahli keluarganya termasuk suami Abby Abadi.
Walaupun anak-anaknya telah meningkat remaja, namun pelakon sasa ini tidak kekok meluahkan rasa sayang melalui p3lukan dan c1uman.
Lebih mengharukan, bekas suami Abby ini turut bersalam dan menc1um pipi Jai Ezzany yang menggambarkan keakaban kedua-dua ketua keluarga ini.
“Baru betul2 sempurna..berganda2 happy bila semua ada
Posted @withrepost • @normanhakim_786 Sempurna. Alhamdulillah.”
Terharu melihat kasih sayang antara dua keluarga ini, netizen memuji tindakan Norman dan Abby yang dilihat bijak mengemudi keluarga dalam membesarkan anak-anak walaupun telah berpisah.
Foto – Instagram Norman Hakim
View this post on Instagram
Sumber : MEDIAHIBURAN