Netizen Tak Sangka Ini Ucapan Nora Danish Buat Fasha Sandha Sempena Perkahwinan Aidil-Fasha

Bersempena dengan majlis raja sehari Aidil-Fasha,  Nora Danish sempat menitipkan ucapan buat aktres, Fasha Sandha.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sama cantik sama padan… tahniah sekali buat @fashasandha dan @itsaidilaziz yang selamat diijabkabul pagi ni #repost : @tv3malaysia #artisthot

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Pelakon dan usahawan itu mendoakan kebahagiaan di dunia dan akhirat buat Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 terbabit.

“Kepada Nur Fasha Sandha, selamat melangsungkan perkahwinan. Semoga kekal hingga jannah, jadilah isteri yang baik dan alhamdulillah.

“Kami semua mendoakan semoga awak bahagia dunia akhirat,” katanya selepas ditanya pihak media.

Terdahulu, Nora ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi istimewa, Jovian Loves Oh Most Wanted di Shah Alam, minggu lalu.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia 5 tahun.

Terdahulu, Jejai pernah mendirikan rumah tangga dengan Nora Danish dan dikurniakan seorang cahaya mata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Titipan ucapan dari Nora Danish buat Fasha Sandha yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Semoga semuanya dipermudahkan, amin ya rabb ♥️ #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

KOMEN NETIZEN :

Foto: Instagram Nora, Fasha

Sumber : IG / MH