Terdapat banyak permainan dekat Funfair yang menawarkan hadiah yang lumayan namun sukar untuk dimenangi. Sebenarnya, Pengusaha Funfair menggunakan beberapa trick supaya korang bermain berkali-kali untuk menang.
Ini merupakan 5 sebab Mengapa Permainan Dekat Funfair Sukar Untuk Dimenangi
1. Mel3tvpkan belon dengan Darts
Siapa yang tak pernah main Permainan ini. Beli beberapa Dart untuk harga yang ditetapkan dan letupkan belon. Nampak senang namun bila dicuba sangat sukar untuk m3l3tupkan belon tersebut. Sebenarnya, Hujung Belon itu sengaja ditumpulkan dan kadangkala mereka akan menukar design Dart itu supaya Dart itu terbang dengan tidak tepat.
2. Memasukkan Bola Kedalam Hoop
Walaupun korang hebat dalam Bola Keranjang, bukan mudah untuk memasukkan Bola ke dalam Hoop jikalau Hoop itu ditukar bentuk.
Bola Keranjang itu juga telah di ubahsuai. Mempunyai banyak udara dan melantun dengan tinggi.
3. Menjatuhkan Botol/Tin
Game ini senang, objektif utama ialah menjatuhkan ketiga-tiga botol itu dengan bola. Namun, Botol atau Tin itu di isi dengan pasir atau benda berat supaya sukar untuk ia jatuh. Bola yang disediakan juga ringan.
4. Membuang Gelung
Objektif Game ini ialah membuang Gelung ke arah tempat yang disediakan. Namun, Gelung itu diperbuat dengan Plastik yang keras menyebabkan Gelung itu senang untuk melantun keluar.
5. Membuang Bola ke dalam Bakul
Nampak senang, cuma memasukkan bola kedalam sebuah bakul. Namun yang kita tidak tahu, Bakul itu sengaja direka supaya bola itu senang melantun keluar.
Sumber: Cerkosong
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Tube Viral