Perkongsian Coretan di Gopeng tanggal 31 March 2019 Hari ke 9 KEHILANGAN ACAP .
Bukan mencari credit atau tunjuk hebat atau orang yang berilmu tapi sekadar membantu dan mengajak para pengamal kerohanian lain turun bantu… Selama ini banyak aktiviti SAR kt turun padang tapi senyap2.. Izinkan pertama kali sy share sbg pedoman atas pengalaman..
Kami pasukan rawatan kerohanian Gayong Maarifat Kuala Lumpur telah tiba di Gua Tempurung anggaran 1PM..
Berjumpa dgn Ketua Team Mossars untuk mendengar taklimat mengenai kehilangan dn apa sahaja kemungkinan yg telah berlaku untuk hari ke 9 Acap hilang..
Difahamkan seramai 600 sukarelawan telah terlibat dlm pencarian ini dan hampir 100 ahli bomba dan mungkin lebih dari 100 ahli bomba telah turun padang mencari “hint” acap tapi tidak di jumpai apa2 pun kecuali botol minuman acap yg telah di sahkan oleh isterinya sendiri..
Selain itu, tidak ada apa2 hint lain yg di jumpai sepanjang 9 hari pencarian..
Maka ramai lah orang yang punyai “ilmu kerohanian” datang menggunakan cara masing2 sejak hari ketiga acap hilang..
Tapi tiada jalan yang di jumpai..
Kami juga seramai kekuatan 4 orang tidak terlepas untuk beri bantuan misi mencari acap.. Maka setibanya di sini.. banyak lah versi versi yang di ceritakan dan banyak info info palsu juga yang tersebar..
Pihak bomba dan lain2 tiada pilihan tetap terima apa jua info memandangkan menemui jalan buntu setelah 7 hari berlalu..
Anjing pengesan juga gagal dan pening matanya..
Kami bergerak mencari lokasi acap melalui trail..
Terus menuju beberapa tempat dan singgah ke Bukit Batu Putih dan kami daki… Ada beberapa tempat di sana kita “interaksi” dgn “makhluk sana” tapi mereka menyatakan acap tiada di situ.. tidak berpusing2 sekitar situ tapi lebih kepada kawasan yang punyai air seperti tasik/sungai/aliran anak sungai.. Wallahualam..
Jika di lihat kembali, di sinilah penuh maklumat palsu.. ada yang claim sudah di “scan” jarak jauh dan suruh sukarelawan buat itu ini…Di katakan berada “di situ dan di sini”..
Tapi kebanyakan dari mereka yang “tunjuk pandai” ini tidak datang pun ke tapak kejadian.. Doa memang boleh di galak kan sekali tapi siap cakap di sana ada “itu dan ini” memang kita katakan mengecewakan ramai pihak terutama sukarelawan… mereka tahu bercakap tp xdatang ..
Suruh itu ini kepada pasukan sukarelawan seolah olah semua sukarelawan ini ada kemahiran “kerohanian”..
kalau hebat sangat datang lah sini..
Lihat depan mata..
Pengalaman sy sndiri sbg perawat..
Melihat tempat hutan dan gua sekitar sini ..
Masing2 mempunyai “frekuensi gelombang” yang tidak sama dan mempunyai “kepala” yang berbeza beza.. jika ada yang kata kena “tunaikan syarat” kena “lepaskan ikatan” bagai tu.. datang turun dan saksikan sendiri lah dan bicara sendiri dgn “penduduk sini”..
Tunjuk kan bakat jarak jauh yg hebat itu..
Yang penting sama sama usaha selamatkan mangsa.. Geng paranormal suka cari hantu.. sekarang cari lah acap pulak.. hantu nak buat hape di cari geng…
Ada yang Islam dan yang kafir..
Terlalu ramai.. kerna kawasan sekitar sini batu batunya shaja sudah berusia ribuan tahun.. inikan “penduduk asal” sana..
Mengikut hasil kajian dari sudut kerohanian.. acab sudah di alihkan ke tempat lain dan bukan lagi Bukit Batu Putih..
Kami telah di panggil oleh wakil sukarelawan setelah turun dari Bukit Batu Putih..
Ini juga ada kisah pelik..
Di mana seorang runner dari wakil itu mencari kami dan berlari ke Bukit Batu Putih tapi tidak jumpai kami sedangkan trail itu hanya sehala..
Runner itu bertanya pada orang yang yg di jumpai bersalam dgn kami xsmpai 1 minit cakap kami baru berlalu.. tapi runner xjumpa kedudukan kami ketika itu..
Wallahualam ..
Seterusnya kami di temukan di lokasi kereta bawah Bukit Batu Putih..
Maka di situ bermula perkenalan kami dan kami di bawa ke satu tempat yang di rahsiakan yang di syaki acab di “sembunyikan” di kawasan itu.. bersebelahan dgn trail 25KM berdekatan Gua Kandu..
Kami mula memasuki kawasan itu sekitar 5PM..
Berhutan..
di mulakan dgn bacaan ayat Al Quran ..
Suasana sudah mendung ketika itu..
Kebetulan semasa bacaan dalam 10 minit hujan yang amat lebat dan ribut yang terlalu kuat menjelma ketika bacaan di alunkan…
Suasana menjadi agak sukar sebab angin kuat dan ranting2 pokok semua terbang…
Lalu, takdir Allah ketika kami masih alunkan bacaan dlm keadaan basah .. sebuah pokok yang amat besar sepemeluk telah tumbang tidak semena mena patah di tengah..
Angin menjadi lebih kuat dan ketika itulah kita dapat firasat acap berada di sana… bagaimana pun kami berhujan dan basah segala apa wallet, hp smua basah tetap kami teruskan kerna “hampir hampir” sahaja mendapat klue acap.. niat kami jika tidak dapat acap tapi dapat bukti fizikal seperti topi atau beg nya juga sudah mencukupi…
Ternyata , ia amat sukar.. kelibat orang berlari memang kami rasakan di mata dan cuba menarik nya supaya tdak berada dlm dimensi ghaib tapi keadaan amat sukar.. ia bukan semudah yang di sangka.. tidak semudah A B C…
Kerna ada sesuatu makhluk lain takuti di sana.. seolah2 ada yang berpangkat tinggi dan yang lain2 mampu melihat sbb “kasta rendah”..
Ada beberapa kemungkinan dari segi kerohanian tidak berfakta mengapa dan di mana acap .. tapi yelah pabila tiada bukti fizikal maka laporan akan jd sukar dan kita tdk maklumkan kpd sesiapa buat masa itu..
Sebelah malam kami dtg kembali dgn kekuatan 15 sukarelawan tapi seolah olah sudah tiada apa lagi di kawasan yang sama itu..
Hanya wangian yang amat wangi dan salah satu team iaitu di bawah saya kami nyaris di sesatkan dan jumpai pokok2 yang besar dan pokok itu tidak sepatutnya di kawasan itu..
Wallahualam kerna keadaan malam amat gelap..
Jadi, kesimpulan di sini..
Mana2 yang pengamal kerohanian tu usahlah hanya sekadar bicara omong kosong dari jauh semata mata..
Sudah terlalu ramai yg bicara begitu dan berikan maklumat atas nafsu dan palsu..
Datanglah sendiri bawa bantuan dan kebolehan anda … bukan hanya tampilkan “pendekar pena” semata mata…
Kami sendiri datang dan saksikan sendiri dgn pengalaman dn kluar kos sendiri semata mata niat nk bantu acap…
Kami akui kami “hampir” dapat tapi hakikat nya tetap tidak berjaya.. pulang tanpa sebarang bukti fizikal..
Soal berjaya atau tidak kami redha dan serahkan pd Allah..
Apa2 pun kita berada di sana sudah smpaikan pesanan kpd makhluk2 di sana akan ada lebih ramai perawat datang dan sekiranya masih tdk di jumpai.. saya dan pasukan akan hadir kembali dgn persediaan yang lebih..
Sama sama kita doakan urusan ahli bomba dan ahli sukarelawan di permudahkan… Hidup atau mati acap biar Allah yang tentukan…
Pelbagai kemungkinan sudah di lakukan kini hanya serah dan tawakkal pd Allah.. Jutaan infiniti terima kasih kepada pasukan sukarelawan dan bomba.. kami saksikan sndiri anda tidak pernah putus asa.. 24 jam tiada henti..
Sebelum ada yang komen merepek tak percaya.. kembali kpd Rukun Iman…
Beriman Kepada Perkara Ghaib.
Al Fatihah..
Sumber : Pangiran Nur Satria Aduka KLV
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon