Beberapa hari yang lepas, chef selebriti yang terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengemas kini status akaun Instagram miliknya mengatakan perasaan terujanya dapat bertemu dengan Yang Mulia isteri kepada Tuanku Mahkota Johor (TMJ) iaitu YM Che Puan Khaleeda Bustamam.
Chef Wan yang kini sedang bercuti bersama temannya di Pulau Rawa, Johor bertemu dengan Che Puan Khaleeda dan sempat bergambar bersama. Gembira dapat bertemu Che Puan Khaleeda..
Tambah Chef Wan lagi, Che Puan Khaleeda juga seorang yang sangat merendah diri dan lebih selesa dipanggil Che Puan berbanding Tuanku. Sangat merendah diri dan lemah lembut..
Posting Chef Wan tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata turut memuji kecantikan dan sikap Che Puan Khaleeda. Antara k0men n3izen. Baginda memang cantik luaran dan dalaman..
YM Che Puan Khaleeda berkahwin dengan DYAM Tuanku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ pada 24 Oktober 2014 dan telah dikurniakan dua orang anakanda yang masing-masing berusia 3 dan 2 tahun. Sumber IG Chef Wan & Che Puan Khaleeda
Artikel berkaitan “Pernah Digelar Hitam, Perkongsian YM Che Puan Khaleeda Jadi Inspirasi”
Bila bercakap tentang cantik, ramai beranggapan cantik itu diukur dengan melihat kepada rupa paras, berkulit putih, hidung mancung, kurus, tinggi dan sebagainya. Boleh dikatakan, wanita sekarang terlalu taksub untuk memiliki kulit putih kerana bagi mereka kulit putih itu lebih cantik.
Bagaimanapun, berbeza bagi isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Yang Mulia Che Puan Khaleeda yang berpendapat setiap wanita mempunyai kecantikan mereka tersendiri dan apa yang paling penting adalah hati yang baik.
“Sewaktu membesar, saya sering diberitahu yang saya hitam, ada telinga yang besar, terlalu kurus, mempunyai hidung yang besar dan rupa saya hanya ‘biasa-biasa’ sahaja. Nasihat saya untuk semua wanita diluar sana, setiap orang itu berbeza dalam caranya yang tersendiri.
“Belajarlah untuk sayang, jaga, hargai diri sendiri. Ya, saya hitam, ya saya ada telinga yang besar, ya saya ada hidung yang besar. Saya bercakap begini untuk menunjukkan bahawa saya suka dengan apa yang Tuhan telah jadikan saya dan bersyukur dapat belajar menghargai diri saya pada usia sebegini.
“Jangan pernah biarkan masyarakat meletakkan definisi sebenar cantik itu kerana kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dengan hati yang ikhlas dan tingkah laku yang baik, kecantikan itu datang dengan sendirinya,” tulisnya.
Perkongsian oleh YM Che Puan Khaleeda menerusi Instagram itu menjadi perhatian ramai dan inspirasi buat wanita diluar sana untuk lebih menyayangi diri sendiri. Rata-rata n3tizen berterima kasih dengan kata-kata motivasi oleh beliau dan mengatakan Che Puan Khaleeda sentiasa cantik di mata mereka.
Sumber rotikaya via Cokelatputih
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon