Fen0mena Nur 2 bermula malam ini

Drama Nur kembali dengan musim kedua yang sememangnya dinantikan pengikut setia drama rantaian yang berjaya mencatat 11 juta tontonan Ramadan tahun lalu.

Episod pertama yang bakal menemui penonton bermula malam ini dijangka kembali mencetus fenomena terhadap watak-watak utamanya iaitu Ustaz Adam dan Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.

Menerusi Nur 2, pengarahnya Shahrulezad Mohameddin mengupas lebih mendalam isu-isu berkaitan cabaran pendakwah dan gologan penunggang agama yang hangat diperdebatkan dalam kalangan netizen hari ini.

“Dalam Nur 2, saya buat skrip dekat set. Apa yang saya baca di dada akhbar, dalam media sosial tentang isu-isu yang berkait rapat dengan masyarakat, saya adunkan dengan jalan cerita Nur 2.

“Tentang penerimaan penonton nanti, saya serahkan pada mereka untuk menilai. Saya, pelakon-pelakon dan seluruh tenaga produksi sudah buat yang terbaik, selebihnya kita serah pada Allah,” jelas Shahrulezad pada majlis sidang media Nur 2 di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Nur 2 yang berkisarkan kesinambungan kisah rumah tangga Nur dan Ustaz Adam bakal diporak-perandakan oleh watak baharu Juita lakonan Azar Azmi.

Barisan pelakon hebat lain yang turut menjayakan siri popular ini termasuklah Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Erya Hazali dan Raja Atiq.

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini akan bersiaran sebanyak 15 episod, menemui penonton TV3 pada hari Isnin hinggga Khamis jam 10 malam.

Drama fenomena Nur, lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli yang menjadi bualan penonton drama tempatan pada bulan Ramadan tahun lalu akan mula ditayangkan malam ini menerusi Nur musim kedua.

Rata-rata pelakon utama telah mempromosikan drama yang akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis itu di laman sosial Instagram masing-masing.

Nur 2, pastinya lebih dramatik dan penuh kontroversi apabila wujudnya watak baru yang lebih mencabar.

Jangan lupa tengok!

Drama Nur 2 bakal menyaksikan penampilan pelakon asalnya seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Ia turut menyaksikan penampilan khas Riena Diana, Mathni Razak, Helmi Moin, Kuna dan Zaidi Omar.

Mendapat sambutan hebat penonton ketika ditayangkan pada Ramadan tahun lalu, Nur juga mencipta kejayaan pada Anugerah Skrin (ASK) 2018 dengan tiga anugerah, iaitu Drama Rantaian Terbaik (kategori Bahasa Melayu), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Syafiq Kyle) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Amyra Rosli).

Bagitau kawan2 lain!

Tiada lain tidak bukan, stesen televisyen TV3 pula merupakan saluran rasmi bagi menyiarkan drama berkenaan pada jam 10 malam.

Pelakon, Azar Azmi sudah bersedia untuk menerima sebarang kecaman atau kritikan mengenai wataknya sebagai Juita menerusi drama Nur 2 yang bakal ditayangkan April depan.

Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 30, berkata dia menganggap segala kecaman itu merupakan kejayaan watak yang dibawanya.

“Nak k3cam, k3cam la! Saya tak kisah. Kalau mereka nak k3cam dan sampai memb3nci saya, maknanya saya berjaya la bawa watak Juita itu.

“Memang pada mulanya agak gementar sebab tak pernah bawa watak sebegitu. Watak Juita ni memang lain daripada yang lain. Saya bersedia untuk dik3cam.

Ustaz Adam is back! 

Bakal muncul dengan plot yang lebih suspen, netizen nampaknya dah tak sabar dah nak tengok drama ni tambah-tambah lagi bila ‘Ustaz Adam’ sendiri mula muat naik promo dan sedutan dari drama tersebut. Wuuu Syafiq Kyle terus jadi Ustaz Adam lah lepas ni. 

“Belum start cerita dah b3nci dia” 

Bagi mereka yang mengikuti update mengenai drama bersiri ni, ramai yang tahu bahawa pelakon baru, Azar Azmi bakal memegang watak ant4gonis iaitu seorang p3lacur yang menggoda.

Menerusi trailer drama kat bawah ni, ramai yang dah mula b3nci Azar walaupun baru tengok trailer. Opss! Menjadi sungguh lakonan ye.

Dah tak sabar nak tengok kan? Apa lagi.. jangan lupa temujanji korang dengan drama Nur 2 setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3! Kalau terlepas drama ni, jangan risau! Korang boleh je lihat semula di Tonton dan iflix.

Untuk rekod, drama arahan pengarah tersohor Shahrulezad Mohameddin itu juga mencatat jumlah 2.5 juta penonton pada musim lalu.

Lebih-lebih lagi apabila babak Aishah lakonan Noorkhiriah menuduh Nur melakukan sihir dengan sup bunjut hingga tular di laman media sosial.

Bukan itu sahaja, keterujaan peminat drama bersiri Nur 2 ini akan turut dirasai menerusi pemilihan lagu tema baharu yang dinyanyikan oleh Amylea dan Megat Mentor berjudul, Tetap Kamu.
 
Untuk rekod, drama arahan pengarah tersohor Shahrulezad Mohameddin ini pernah mencatat jumlah 2.5 juta penonton pada musim lalu.
 
Jadi kepada peminat Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azar Azmi, Azhan Rani, Noorkhiriah jangan lupa untuk saksikan Nur 2, setiap Isnin hingga Khamis, pada jam 10 malam hanya di TV3!

Foto : Abdul Razak Abdul Latif

Sumber: MHEtv via Theklasik

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon