“Seolah ade org lain tgh ambil wuduk di hujung sungai tu,” Lelaki Kongsi Gambar Miliknya, Buktikan Yang ‘Dunia Lain’ Itu Wujud

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Niatnya cuma satu, hanya untuk membuktikan kehadiran makhluk lain, selain apa yang dapat kita lihat secara mata kasar di muka bumi ini.

Rentetan kehilangan Asyraf, salah seorang peserta Gopeng Ultra Rail sejak dua minggu lalu dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik di kawasan kehilangannya, Bukit Putih dan Gua Tempurung.

Individu menggunakan nama Facebook, Shapek Sang Kai berkongsi gambar yang meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang melihatnya. Gambar yang didakwa masyarakat bunian itu kelihatan berkumpul di kaki air terjun di sebuah tempat yang tak didedahkan namanya.

Susulan kes kehilangan acap.. Ramai yg tak percaya dan menolak pasal “dunia lain”… Nie aku share skit gambar pernah diambil tahun 2015 lau tak silap.. Lokasi dirahsiakan sbb taknak menakotkan org lain..

GAMBAR 1

GAMBAR 2

Mse tu kami berempat je kat sni.. Takde org lain.. Bila balik umah tgk gambar bru perasan.. Seolah ade org lain tgh ambil wuduk di hujung sungai tu..

#Kuasaallah

*Aku Share Sebab Ramai Orang Tak Tau, “Mereka” itu ada sbenarnya..

*Gambar takde edit2.. Aku tak suruh korang percaya.. Aku cme share ape pernah aku lalui..

*Gambar nie saya tak boleh pastikat tarikh sbenar dia.. Lebih kurang tahun 2015.. Atau mungkin 2014.. Gambar nie dah lame simpan dlam Samsung tab isteri, tab tu plak Jarang2 on.. Pakai mse enset personal rosak.. So tadi saya on untuk Bluetooth kat enset personal..

Tak tau tarikh tu keluar sebb data dia dah rosak atau memang tu tarikh ditangkap gambar tu.. Sy share gambar nie sbb agak mrah dengan komen2 negatif tentang kehilangan acap tu.. Ramai yg tak percaya masih wujudnya “alam lain”..

Jadi sy tunjukkan ape yg pernah saya lalui..dan gambar nie diambil HANYA KAMI BEREMPAT sahaja di kawasan berkenaan.. Waktu dri asar ke senja(dah lupa).. Jelas tak penjelasan nie..

Komen Warganet

Jangan pernah perlekehkan kehidupan alam ghaib sedangkan di zaman nabi Sulaiman a.s ada jin. Makhluk Allah SWT itu ramai tidak hanya manusia sahaja. Mereka juga seperti kita ada keluarga, tempat tinggal, para pemerintah dan keturunan. Cuma membezakan ialah kita manusia yang dicipta oleh Allah SWT yang cukup sempurna hingga dicemburui oleh para jin dan iblis.

 

Sesetengah org yg hidup d bandaq ja yg tak percaya tntang mkhluk dunia lain ni. Mcm aku dri kecik hidup di kampung, blakang kg ada dua buah bukit dan hutan. Mmg kerap jumpa dh.

 

Mmg ada alam bunian tu..kehidupan die same sperti mnusia..kite je x nmpk die dgn mata kasar..

 

sapa yang tak percaya kewujudan alam ghaib maka dia tak percaya kepada Allah..

tapi yg jadi masalah tu dalam kes acap ni banyak sgt dakwaan yg boleh diragui..langgar anak bunian la,kena tahan dek bunian la..blum masuk lg yg claim boleh masuk alam bunian la..tambah pulak yang guna ritual pelik2 dlm usaha mencari acap..hati2 boleh mendatangkan syirik pada Allah..

Dlm al quran pun ada tentang dunia ghaib, tentang jin.. Hijab kita jak yg x terbuka utk melihat benda2 bgitu.. Jgn mempersenda, jgn di buat gurauan.. Karang kena kt diri sndiri padan muka

Bunian adalah jin. Masyarakat melayu yg memanggilnya dgn istilah bunian. Tapi sifatnya adalah 100% jin. Tiada beza. Jadi xde yg mustahil. Hutan belantara mmg tempat mereka malah berada di merata tempat dlm dunia. Yg kata hijab terbuka itu satu kebaikan adalah salah, sebenarnya satu keburukan.

itu bunian lahhhh HAHAHAHAHAHA . bunian mmg wujud . dekat tempat sya pon adee . cumaa kita janganlaa kacau diaa .

MISTERI BUNIAN

Artikel ini dipetik dari Remaja

Apa sebenarnya dunia bunian? Kenapa dalam setiap kehilangan di dalam hutan, di saat operasi mencari sudah dilakukan tetapi tidak ditemui dan akhirnya kehilangan sebegini dikaitkan dengan alam bunian. Kenapa misteri sebegini timbul?

REMAJA menemuramah seorang individu yang biasa memasuki alam ghaib. Menurutnya yang enggan nama dikenali, jelasnya bunian terdiri dari bangsa jin yang memang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia biasa kecuali dengan bacaan dan surah-surah tertentu bagi membolehkan individu memasuki perkampungan jin-jin ini.

Nama BUNIAN ini tercipta bersandarkan cakap-cakap orang Melayu lama yang menyebutnya dan jika pergi ke negara-negara lain, istilah bunian ini mungkin tidak pernah didengari mereka (setiap negara berbeza nama panggilan).

Di mana tempat tinggal jin @bunian ini?

Jika manusia memilih lokasi-lokasi dekat dengan kemudahan awam, biasanya bangsa jin ini lebih gemar menetap di dalam hutan yang jauh dari perkampungan manusia.

Lagi jauh ke dalam hutan, adalah lebih sesuai kerana mereka boleh bercucuk tanam, menternak, memburu dan sebagainya. Tentu kita pernah mendengar kisah yang diceritakan di mana pemburu menemui ayam hutan yang banyak di dalam hutan dan bila ayam itu ditembak, ia dibalas dengan nyawa orang yang terdekat seperti anak. Ini kerana kita menceroboh hak bunian-bunian ini dan mengambil tanpa izin mereka.

Ada juga jin-jin ini mendiami kawasan muara sungai dan juga laut. Mereka juga tinggal di gunung ganang selain di dalam laut besar seperti Selat Melaka, Lautan Pasific dan sebagainya.

(Atas) Rumpun buluh berbentuk atap ini dipercayai pintu masuk ke alam ghaib.

Satu nasihat, andai bertemu begini dan sekelilingnya juga bersih dari sampah sarap, ini adalah pintu masuk ke alam mereka. Gambar dari fb abang Acap, Danny Lang

Bagaimana bentuk fizikal orang bunian?

Sama ke macam manusia? Memandangkan bunian wujud dekat dengan kediaman manusia, namun bila menyentuh aspek fizikal jin, ia sama sekali berbeza dengan manusia normal. Jin-jin ini biasanya berkepak, tidak sama dengan manusia. Jika alam manusia ada yang tinggi, rendah, gemuk atau kurus namun di alam bunian, golongan jin ini biasanya ketinggian mereka adalah sama, baik lelaki mahu pun perempuannya.

Bayangan tubuh mereka umpama kabus putih, tidak berfizikal seperti manusia.

Namun amat mudah untuk manusia mengenal pasti individu asing yang ditemui di hutan-hutan sama ada mereka itu bunian atau manusia. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membaca surah An-Nas sebanyak tiga kali dalam keadaan ketika hujan panas turun.

“Selepas selesai baca, rapatkan kepala ke celah kelangkang dan jika individu yang berjalan itu kakinya seolah tidak cecah ke tanah, itulah golongan jin ini jika kita menjumpainya sekitar tengahari,”katanya lagi.

Kenapa lelaki biasa hilang dalam hutan, bukan perempuan?

Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (kes kehilangan Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini, perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.

“Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.

Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.

Ciri lelaki bagaimana biasanya jadi pilihan?

Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.

“Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.

“Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.

Bagaimana nak kenal pasti pintu masuk ke alam bunian?

Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!

Biasanya apabila masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian.

Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok tersebut. Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.

Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang baru pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan kerana golongan jin ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam berkata-kata!

Via menujukebenaran siakap keli

Dipetik dari FB Shapek Sang Kai via Sweetnutella

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon