Pelakon Ardell Aryana berasa bimbang dengan keadaan ibunya selepas menjalani pemeriksaan doktor semalam. Perkara itu dikongsi Ardell menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagramnya (IG) malam tadi.
“Kata doktor mama pernah pernah stroke jadi dari apa doktor nampa dari wajah, caranya dan pemeriksaan, kemungkinan mama akan lupa pada awal usia.
“Sikap mama akan jadi seperti anak-anak kecil dan mama akan mudah lemah dan akan mudah lupa semua benda.
“Waktu doktor kata macam tu jantung aku berdegup lemah. Bila aku renung matanya, hati aku sayu, air mata aku deras mengalir, sungguh begitu cepat masa berlalu.
“Semoga yang dilupakan hanya kepahitan hidupnya dahulu, bukan kebahagiannya sekarang. Semoga Allah menguatkan lagi ingatan yang membahagiakan buat mama.
“Berikanlah kebahagiaan buat mama, muliakanlah dirinya,” coretnya.
Terdahulu, menerusi perkongsian di Insta Story Ardell memberitahu ibunya sedang menjalani pemeriksaan doktor.
“Jap lagi noi masuk ya ma… Sekarang tak boleh, doktor pakar nak check mama. Noi ada luar ni ya ma. Noi tunggu mama kat luar ni, noi tak tinggalkan mama tau. Ma jangan nangis ya,” tulisnya.
Bagaimanpun sehingga kini, Ardell masih belum lagi berkongsi perkembangan terbaru ibunya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Foto: Instagram @ardellaryana
Sumber: Gempak