[VIDEO] “Sian, Member Baru Nak Menari…” – Aksi Mat Yip J4tuh Katil Buat Netizen Terhibur

Seronok betul tengok gelagat anak pelakon popular Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, iaitu Syeriv Samheizy, yang sentiasa nampak happy go-lucky dan tersenyum hensem. Membesar dalam keluarga yang penuh dengan kasih dan kebahagiaan, tidak hairan lah Syeriv membesar dengan sihat dan menjadi si cilik yang bijak.

Ibunya Syatilla Melvin memanggil  Syeriv dengan gelaran manja sebagai Mat Yip. Syatilla Melvin yang sentiasa memuatnaik gambar dan video mengenai telatah anaknya yang comel itu sering mendapat perhatian daripada ramai netizen yang mengikut perkembangan Syeriv Samheizy di laman sosial Instagram.

Terbaru, Syatilla telah berkongsi satu video dimana Mat Yip yang sedang menari sambil menonton televisyen tiba-tiba terjatuh katil. Apa yang melucukan adalah reaksi Mat Yip dan juga Tilla sendiri. Nasib baik ada ‘beanbag’ di lantai sebelah katil itu. Video tersebut berkapsyen;

Siann…memberr baru nk menari🤣#beanbageverywhere

VIDEO:

Pelbagai reaksi dan komen daripada netizen yang menonton video Syeriv tersebut. Rata-rata terhibur dengan aksi syeriv tersebut.

Komen netizen;

Mak dia punya gelak win…

dia pun gelak bawah tu haha….

Weii matyippp…

Artikel berkaitan;

“Tahun Ini Anak Nak masuk 2 Orang Dah, Bayangkan Kalau 10 Tahun Kahwin…” – Ucapan Sweet Syatilla Buat Shaheizy Sam

Hari ini merupakan tarikh keramat buat pasangan suami isteri Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam.

“Hari ini 8 Februari, 3 tahun lepas kami dapat laki,” tulis Syatilla di Instagramnya.

“Alhamdulillah, masih terlalu jauh perjalanan kami dua orang. Sampai ke syurga sayang, Insya-Allah.

“Tahun ni anak nak masuk 2 orang dah, bayangkan kalau 10 tahun kahwin, mungkin anak dah 6-7 orang. Maklumlah suami rajin memberi, isteri pulak menerima,” seloroh Syatilla.

Syatilla turut berdoa semoga Allah merahmati keluarga kecil mereka dan memanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat.

“Awak terbaik untuk saya, I love you awakku. Happy 3rd anniversary love,” tulis Syatilla pada sekeping gambar perkahwinan mereka.

Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sah menjadi suami isteri pada 8 Februari 2016, dan pada 9 Mei 2017 menyambut cahaya mata sulung yang diberi nama Syeriv Samheizy.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: IG @syerivsamheizy