Pernah sebaris Neelofa, ini dia Azar Azmi ‘pel4cur’ drama Nur2

Lakonan menjadi keutamaan Azar Azmi. Foto Instagram @azarazmi

NAMA aktres cantik, Azar Azmi mula menjadi sebutan ramai apabila dia dipilih melakonkan watak seorang pel4cur bernama Juita dalam drama Nur 2.

Azar bukanlah nama baharu dalam industri seni, gadis berusia 30 tahun ini memulakan langkah sebagai anak seni dengan menyertai sebuah pertandingan pencarian bakat anjuran sebuah majalah pada tahun 2010.

Bagaimanapun, dia mula bergiat aktif sebagai pelakon bermula tahun 2016 dan diberi kepercayaan memegang beberapa watak penting dalam drama dan telefilem.

mStar Online menyediakan beberapa fakta menarik mengenai Azar Azmi. Jom kita semak!

1. Nama sebenar Azar ialah Siti Azar Ameerah Azmi dilahirkan pada 13 Mac 1989 di Rembau, Negeri Sembilan dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

2. Azar merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 yang turut disertai oleh Neelofa (juara), Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.

3. Kerjayanya sebagai pelakon bermula sebelum penyertaan dalam Dewi Remaja lagi, walaupun hanya memainkan peranan sebagai watak tambahan semata-mata untuk mendapatkan pengalaman dengan bayaran serendah RM50 hingga RM100.

4. Wajah Azar pernah menghiasi beberapa buah drama dan telefilem antaranya Mr. Boss Miss Stalker, Suri Hati Mr. Pilot, Gerak Khas, Red Velvet, Isteri Untuk Diiktiraf dan Pujaan Hati Kanda.

 

5. Selain bergelar pelakon, dia juga merupakan usahawan dan pengasas produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.

6. Diberi kepercayaan membawakan watak antagonis bernama Juita dalam drama Nur2 setelah pelakon Nelydia Senrose menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

Sumber: Mstar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon