Kebelakangan ini ramai artis yang mendirikan rumah tangga. Paling mendapat perhatian adalah perkahwinan antara Fasha dan Aidil. Nmaun ada sesuatu yang menarik perhatian n3tizen semasa salah satu majlis mereka diadakan. ikuti perkongsian ini.
Datin Paduka Datin Paduka Ainur Syakina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman baru-baru ini mendapat pujian daripada para pengikutnya kerana mengenakan baju kurung yang ringkas semasa menghadiri majlis walimatul urus pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz.
View this post on InstagramCongrats n happy always @fashasandha @itsaidilaziz 💋 @datopadukakaiser #aidilfasha
Eina dikatakan tidak melebih-lebih dan pandai menyesuaikan pakaian dengan majlis yang berlatar belakangkan suasana kampung atau desa. Apa yang menariknya, walaupun Eina berpakaian ringkas dia tetap kelihatan sangat menawan sehingga ruangan komen gambar tersebut dipenuhi dengan pujian.
Cantik sangat Eina walaupun pakai ringkas..
Pandai sesuaikan pakaian dengan majlis..
Sememangnya Eina wajar mendapat pujian kerana tidak berlebihan dalam memilih pakaiannya sesuai la dengan suasana kampung. Tidak seperti sesetengah orang, kadang kala lebih sudu daripada kuah. Mengalahkan pengantin!
Sumber dari IG Eina Azman via CARI
Artikel berkaitan ‘Eina teruja Aki, Tok nikah selepas 17 tahun bercer4i’
KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih menggembirakan bagi pelakon, Datin Paduka Eina Azman apabila datuk dan nenek yang bercera1 sejak 17 tahun lalu, mengambil keputusan berkahwin.
Lebih menyentuh hati, majlis pernikahan pasangan itu disempurnakan di sebuah pusat perubatan di ibu negara di mana datuk Eina menjalani r4w4tan 4kibat m4salah kesihatan dan angin ahm4r, sejak lima bulan lalu.
Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman berkongsi detik indah itu melalui Instagram. Menurut Eina, keluarganya menyambut baik hasrat datuk dan nenek untuk bernikah semula dan menjaga diri masing-masing selagi hayat dikandung badan.
“Kami menerima baik apabila Aki (panggilan untuk datuk) dan Tok (nenek) meluahkan hasrat berkahwin semula. Ini kerana mereka mahu menjaga satu sama lain hingga hujung ny4wa.
“Biarpun Aki berusia 78 tahun dan Tok menginjak 68 tahun, mereka mahu mengimbas kembali kemanisan hidup sepanjang kira-kira 40 tahun berkahwin dulu. Apatah lagi, masing-masing tidak sihat dan ingin mengharungi detik ini bersama,” katanya kepada BH Online.
Majlis pernikahan ‘Aki’ dan ‘Tok’ disaksikan anggota keluarga terdekat yang masing-masing mengenakan pakaian tradisional bagi memberi semangat kepada pasangan pengantin.
Selain Aki yang sakit-sakit, nenek Eina juga mengalami masalah serangan angin ahmar sejak 20 tahun lalu. Menceritakan keseronokan majlis pernikahan itu, Eina berkata, datuknya, Abdul Rafar Din dan neneknya, Saudah Embong berpakaian sedondon rona kuning lembut.
“Jodoh dan aj4l semuanya ketentuan Allah… Kami sekeluarga mendoakan semoga perkahwinan semula Aki dan Tok ini mendapat keberkatanNya,” katanya. Pada majlis pernikahan itu, pengantin masing-masing menyarung cincin dengan senaskhah buku tafsiran al-Quran menjadi hantaran.
Sumber: Bharian via CokelatPutih
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon