Korang semua mesti tahu belajar bahasa lain selain bahasa ibunda memang bagus dan sebenarnya tak lah sesusah yang disangka. Macam sekarang, ramai yang tahu cakap Bahasa Korea hanya dengan tengok K-Drama je.
Macam semalam, seorang pengguna Twitter @munirdinie1 kongsi beberapa video seorang budak kampung di Langkawi selambe je bersembang dalam Bahasa Arab dengan pelancong.
— used.to.you 😊 (@munirdinie1) April 10, 2019
Menurut Munir, video ini diambil tengah hari semalam di Pantai Rhu, Langkawi. Kalau korang tengok video kat atas ni, ramai juga orang-orang keliling leka tengok budak ni sembang Arab. Admin pun syok tengok walaupun tak faham sepatah haram.
Kalau korang nak tahu, setakat ni, video tersebut dah dikongsikan oleh 14.5k orang. Rata-rata netizen memang kagum dengan kefasihan budak ni.
Sebenarnya, kalau tempat-tempat perlancongan macam ni, ramai yang tahu banyak bahasa. Sebab senang untuk dorang communicate dengan tourist. So, korang jangan pandang rendah dengan orang-orang kampung. Bak kata Najib, bukan besherr besherr.
Kita semua boleh je nak belajar bahasa lain. Lagi-lagi sekarang banyak tutorial online yang ajar macam-macam bahasa. Takde istilah “dah lambat” ya?
Sumber: LobakMerah
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon