Inilah 6 Selebriti ‘Hot Mama’ Popular Dan Kekal Bergaya Walau Kini Sudah Berhijab!

Selebriti hot mama kekal cantik walau pun setelah bergelar ibu. Walau pun sibuk menguruskan anak dan kerjaya, gaya dan penampilan tidak diabaikan. Siapa 5 mama dimaksudkan?

Berstatus selebriti tentu membuatkan diri mereka sentiasa menjadi tumpuan. Masing-masing tetap tampil fresh walaupun sudah berhijab. Apabila sudah menjadi ibu, paling mustahak sekali ialah penggayaan yang praktikal. Antaranya ialah ciri pemakaian yang memudahkan pergerakan dalam mengawal selia anak dan seterusnya tidak menghalang penyusuan susu ibu. Walau pun telah bertudung, masing-masing masih mengekalkan identiti gaya tersendiri.

Jom tengok enam selebriti yang sentiasa dilihat sebagai ‘Hot Mama’ :

1.Rozita Che Wan

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tetap nampak seperti seorang anak dara. Lebih-lebih lagi anaknya yang cukup bergaya layak seorang model. Manakan tidak, lihatlah ibunya antara selebriti jelita di Malaysia.

2.Wawa Zainal

Aktres berlesung pipit ini mempunyai dua cahaya mata. Walaupun Wawa Zainal bergelar ibu kepada dua orang anak, namun dia tetap tampil cantik. Malah, kedua anaknya mewarisi ketampanan bapanya dan kecantikan dirinya sendiri.

Ibu kepada Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa ini mula berhijab pada tahun 2013 dan pandai menyesuaikan gaya dengan pilihan pakaian.

4. Hanis Zalikha

Ibu kepada Yusuf Iskandar ini sememangnya bijak bergaya. Melihat kemesraannya bersama suami juga membuat ramai yang cemburu. Anak lelaki tunggalnya juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan pastinya setiap aksi dilakukannya begitu mencuit hati!

5. Tya Adnan

Mommy kepada Aira Ameena ini sering tampil kemas dan cantik. Tya yang juga isteri kepada Shukri Yahya mula berhijab pada penghujung 2015. Ibu muda ini adakalanya mengenakan pakaian matchy-matchy dengan Ameena, cukup comel!

5. Syatilla Melvin

Baru sahaja bergelar ibu dan bekas model ini semakin sibuk menguruskan anak di rumah. Menjadi isteri kepada pelakon terkenal, pastinya anak tunggalnya juga menerima tempias yang sama. Syatilla baru sahaja menyambut kehadiran permata hati sulung mereka pada 9 Mei yang lalu, Syeriv Samheizy.

Ibu muda tinggi lampai, Syatilla Melvin juga tidak ketinggalan sentiasa tampil kemas dan bergaya. Beliau yang merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 mula berhijab sejak November 2015. Isteri kepada Sam Shaheizy dan ibu kepada Syeriv Samheizy ini sentiasa tampil cantik dalam apa jua acara.

6. Hanez Suraya

Aktres berkulit putih gebu, Hanez Suraya tidak ketinggalan tampil cantik selepas berhijab. Mommy kepada Putri Aleesya ini sering menggayakan pakaian yang praktikal, cantik serta trendy. Antara tudung yang sering digayakannya ialah shawl dan bawal

 

Sumber : majalahpama dan mediahiburan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon