Hampir sebulan juga pelakon popular Nabila akan meninggalkan suaminya, Mohd Izwan Johar, juga anaknya, Keisha. Seperti diketahui, Nabila akan berangkat ke Italy untuk menyelesaikan pekerjaannya.
Pada yang mengikuti perkembangan Nabila di akaun Instagramnya, dia baru sahaja pulang dari bercuti ke Korea dan Sabah bersama keluarga. Namun kali ini, Nabila harus berpisah bersama suami dan anaknya buat seketika.
“Dan tiba waktunya untuk berpisah pula” – Nabila Huda
PELAKON Nabila Huda gemar berkongsi aktiviti harian dia bersama suami dan anaknya di laman Instagram dan sentiasa menjadi perhatian netizen.
Baru-baru ini Nabila sekeluarga dilihat banyak menghabiskan masa bersama dengan menikmati percutian di Korea Selatan dan Sabah.
Kata Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 33, percutian mereka sudah pun tamat dan tiba masanya untuk berpisah buat sementara waktu.
Nabila akan ke Itali sehingga Disember.
Menurutnya, dia bakal terbang ke Itali sehingga bulan Disember manakala Keisha Laila, 8, akan tinggal bersama bekas suaminya, Eddie sepanjang cuti sekolah.
“Tamat sudah percutian kita. Kami sangat seronok. Dari Korea ke Sabah kami pergi. Dan tiba waktunya untuk berpisah pula.
“Maaf sedikit emosi hari ini. Selepas ni tiada lagi drama, gaduh atau gelak ketawa kami bersama untuk sementara waktu.
“Keisha akan bersama daddy sepanjang cuti sekolah dia dan mummy pula akan berangkat ke Itali sampai Disember,” katanya menerusi laman Instagram.
Pada 25 Oktober lalu, Nabila dan suami, Mohd Izwan Johar ke Korea Selatan untuk melihat anaknya Keisha Laila, 8, beraksi sebagai ahli gimnastik.
Nabila, suami dan anaknya menikmati percutian di Sabah.
Alang-alang berada di sana, mereka sempat juga meluangkan masa bercuti selama beberapa hari.
Selepas Korea, Nabila dan suami serta anaknya menyambung percutian mereka di Sabah pula selama satu minggu.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri KL Gangster Underworld ini memberitahu dia akan merindui dan sentiasa menyayangi anaknya.
“Saya akan merindui awak sangat babygirl! AWak tahu saya sentiasa dan selalu menyayangi awak,”ujarnya.
“Tamat Sudah our holiday! We had so much fun. Dari Korea to Sabah Kitaorg Pergi. Dan Tiba waktunya untuk berpisah pulak. Sorry a bit emotional today. After this tiada lagi drama,gaduh or gelak ketawa kami bersama untuk sementara waktu. Keisha akan bersama daddy during her school holiday and mummy pulak akan berangkat ke Italy esok, sampai lah December..”
Meninggalkan anak dan suami untuk waktu yang lama sebenarnya membuat Nabila sedikiti emosi. Kerana itu, Nabila ingin cepat kembali ke rumah, melepaskan rindu dengan suami dan anak. Alahai sedihnya! Kami di Hangat.com mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan.
Kisah Keisha, Mummy Dan Abi. Boleh Buat Filem Love Triangle!
Setiap kali teringatkan anak-anak, saya pasti akan ke Instagram. Banyak Instagram selebriti kita yang berkongsi kisah anak mereka. Tapi saya paling suka ke Instagram Nabila Huda atau @kupu_kupu
Nabila atau saya panggil Abil memang suka menyakat anak gadisnya, Keisha. Apatah lagi apabila melibatkan bapa tiri Keisha, Mohd Izwan atau panggilannya Abi.
Keisha memang rapat dengan Abi dan tentu sekali dengan mummy nya! Dan seboleh-bolehnya dia sentiasa mahu berada bersama mereka.
Keakraban Keisha dan Abi pernah ditulis oleh Abil dalam satu caption indah di Instagram beliau.
“Dia la bestfriend kesayangan Keisha. Tempat dia nak mengadu, bagitau rahsia, luahkan perasaan sebenar yang tak mungkin mummy dia dapat tau untuk jaga perasaan mummy. Abi lah tempat dia luahkan semua tanpa rahsia.
“So senang cerita. Abi tau semua the truth tentang perasaan Keisha. Abi jugak lah ajar dia kat rumah dari tak pandai reading, tak terror math, sampai lah jadi best student.
“Abi jugak mengajar dia untuk sentiasa bersikap jujur dan jangan sesekali berbohong pada mummy dan daddy dia. Abi jugak yang selalu remind Keisha jangan pernah lupa untuk selalu call daddy dia dan always remind her bila dah besar jaga daddy.
“Sungguh kuat relationship mereka berdua sampai kadang-kadang saya jealous teruk. Saya rasa bersyukur adanya dia dalam hidup saya. Dia yang buat saya kuat masa saya terpisah dengan Keisha. Dialah orang yang sentiasa buat saya ketawa bila dia tau saya sedang berduka. Susahnya hati dia hanya Allah je tau bila tengok isteri dia menangis bila berjauhan dengan Keisha dulu.
“Pertama kali saya jatuh cinta dengan dia adalah cara dia tengok Keisha. Tak ada apa yang lebih penting dari hidup kita kalau seorang lelaki itu menyayangi anak kita lebih dari kita sendiri. Itu sudah cukup bahagia untuk saya.
“Terima kasih Mohd Izwan bin Johar sebab terima saya seadanya, sayang kami berdua, melayan kerenah dan drama anak beranak yang luar biasa ini.” (June 17, 2018)
Kejap, lap air mata. Okay, jom kita tengok kisah Love Triangle berjodol ‘Ini Semua Jambatan Punya Salah!’
Sebab itulah apa jua ‘drama’ yang dirakamkan dan diletakkan di Instagram sentiasa saya ikuti kerana keakraban Keisha dan Abi serta Mummy membuatkan saya terhibur melihatnya. Semoga keluarga kecil ini sentiasa bahagia hendaknya.
Jumpa Lagi!
Sumber : MediaOhsem
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon