Di sebalik kontroversi yang kerap melanda pelakon, pengacara dan usahawan berjaya Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih popular dengan panggilan Neelofa,masih ramai yang mengagumi wanita cantik ini. Masakan tidak, dia bukan sahaja cantik malah berjaya dalam kerjayanya sehingga ke peringkat antarabangsa. Semalam, Neelofa mendapat pujian daripada peminatnya yang menganggap dia seorang yang pandai membawa diri kerana tidak gemar berfoya-foya bersama kaum adam.
Jika dilihat gambar yang dimuat naik oleh si jelita ini, dia seringkali memuat naik gambar bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan wanita.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on InstagramWe’ll be on Fly FM next week! When? What’s the topic? Stay tuned! @flyfm958 @littlemisskhan
Malah, sikap Neelofa yang tidak mudah mengalah dan berkecil hati dengan tohmahan dan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya juga merupakan kekuatan wanita berusia 30 tahun itu. Memang tidak dapat dinafikan,sikap Neelofa yang tidak mengendahkan perkara remeh membuatkan dia berjaya sampai ke tahap apa yang dimilikinya sekarang. Pakej lengkap! Sumber Forum Cari & IG neelofa.
‘Neelofa utama soal kesihatan’..
Tanggal 10 Februari lalu genap 30 tahun usia pelakon jelita, Neelofa. Pada usia itu, ramai melihat dia sudah memiliki segala-galanya. Apa yang lebih menggembirakan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, kejayaan diraih bukan saja dalam bidang seni tetapi juga perniagaan tudung yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
Sejak awal kemunculan nama Neelofa terus mekar dan sentiasa menjadi sebutan. “Kebanyakan rakan dan ahli keluarga memberitahu kejayaan yang saya kecapi selalunya diraih oleh individu berusia 30-an ke atas. “Namun, saya berasa sangat bertuah kerana rezeki yang saya peroleh selama ini datang lebih awal. Saya sedar, banyak sudah diraih tetapi pencapaian ini bukanlah tiket untuk saya bersenang-lenang. Untuk mengekalkan sesuatu kejayaan lebih sukar berbanding mendapatkannya,” katanya.
Sempena pertambahan usia, Neelofa mengharapkan kesihatan yang baik serta mahu lebih fokus bekerja. “Sebaik saja usia menginjak ke angka 30, pemikiran saya juga berubah secara total. “Saya lebih menitikberatkan soal kesihatan, mahu lebih cergas dan bekerja keras,” katanya.
Tiga kali sambutan hari jadi. Sempena sambutan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini, Neelofa yang juga pengacara program Meletop terlebih dulu meraikannya bersama peminat dan keluarga menerusi bengkel kerohanian, Light And Love Saturdate.
Pada bengkel dikelolakan bersama Imam Muda Asyraf itu, Neelofa mengajak peserta untuk memperbaiki cara-cara mengerjakan solat. Walaupun bengkel itu disifatkan sebagai satu inisiatif yang baik, Neelofa tetap dikritik apabila berpenampilan lebih moden dengan menggayakan turban pada dua majlis sambutan hari jadinya yang lain.
Mengulas mengenai isu berkenaan, Neelofa berkata, khalayak mampu mengkritik tanpa mengetahui perkara sebenar. “Saya tidak mahu membuat sebarang justifikasi terhadap isu ini memandangkan khalayak hanya melihat gambar dan video yang dimuat naik di laman sosial.
“Apa yang berlaku pada majlis sebenar, hanya kami dan jemputan tahu. Niat saya hanya untuk meraikan majlis dengan rakan terdekat dan ahli keluarga. Apa yang paling penting, saya gembira dan disayangi,” katanya. Perlu sabar. Ketika sidang media memperkenalkan calon top 20 Anugerah MeleTOP yang bersiaran secara langsung, pihak media diberi kesempatan bertanya soalan secara langsung kepada selebriti jemputan.
Antara soalan menarik perhatian pada malam itu berkenaan kewajaran artis berkongsi masalah rumah tangga di media sosial sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat. Neelofa secara sukarela menjawab pertanyaan itu dengan menyifatkan tindakan berkongsi masalah peribadi secara umum sebagai kurang matang. Ditanya mengenai jawapannya, Neelofa mengakui memang sukar untuk berdiam diri saat diri dilanda amarah.
Namun, sesuai dengan status sebagai figura awam, anak seni seharusnya sabar dan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. “Jawapan itu hanyalah pesanan untuk sesiapa saja yang pernah melalui perkara sedemikian.
“Media sosial boleh memburukkan lagi keadaan. Masalah kecil boleh menjadi besar jika dikongsi secara terus di platform seperti Instagram. Benar, saya sendiri susah untuk berdiam diri dan ingin meluahkan perasaan jika terbabit dengan sesuatu isu. Namun, kita cuba didik diri untuk senyap dan cari jalan lain bagi menyelesaikan masalah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Neelofa kini berada di Dubai bagi menjalani penggambaran kempen iklan Swarovski untuk sambutan Aidilfitri. Selepas selesai menjalani penggambaran di sana, dia akan terbang pula ke London bagi menghadiri London Fashion Week. “Selepas selesai menghadiri London Fashion Week, saya akan pulang semula ke tanah air selama tiga hari sebelum terbang ke Milan untuk menghadiri Milan Fashion Week,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber hmetro & IG neelofa via KLMenjerit