Shakilla dan Fizi akhirnya berkongsi foto bayi perempuan mereka selepas sebulan.
SELEPAS sebulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Shakilla Khoriri berkongsi wajah bayi perempuannya, Amena Sofia menerusi laman Instagramnya pada Ahad.
Shakilla atau Nurul Shakilla binti Mohd Khoriri, 30, berkata sepanjang sebulan banyak mengajar dia menjadi seorang wanita yang sabar dan kuat.
Kata Shakilla, dia terasa ingin menangis setiap kali teringat kali pertama Ameena menangis selepas keluar dari perutnya.
Shakilla kongsi foto wajah anaknya selepas sebulan.
“30 hari yang banyak mengajar aku jadi seorang perempuan yang sabar dan kuat. Perit, pedih dan segalanya aku telan untuk mengeluarkan Ameena.
“Rasa macam tak percaya setiap hari dan malam aku sekarang ada budak ni. Kadang lama aku tenung dalam-dalam mata dia. Hati aku tertanya.
“Budak ni sembilan bulan dalam perut aku. Rasa nak menitik airmata bila setiap kali teringat kali pertama Ameena menangis lepas keluar dari perut,” katanya.
Shakilla melahirkan anaknya secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Damansara pada 14 Mac lalu.
Shakilla dan Fizi berkahwin pada Februari tahun lalu.
Dalam pada itu, aktres ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dari awal kehamilan sehingga kini.
“Terima Kasih atas doa dan ucapan dari semua pada saya dari saat tahu saya hamil sampai ke saat nak melahirkan dan selama tempoh 30 hari saya dengan Ameena.
“Tak terbalas rasanya doa-doa korang semua. Semoga kita jadi seseorang yang baik buat seseorang yang kita sayang. Insya-Allah,” ujarnya.
Shakilla dan penyampai radio Suria FM, Fizi Ali berkahwin pada 18 Februari tahun lalu.
Sumber: Mstar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon