VIDEO ‘Tolonglah…kalau mampu, kami tidak akan minta’

ARAU 15 April – wajah mereka sugul dan sedih.

Anak mengh1dap ketvmbuhan bahagian k3pala, kehidupan keluarga Azmee serba kekurangan

Begitu keadaan menimpa pasangan suami isteri yang menetap di rumah sewa di lorong Teja Enam, Taman RPA Arau di sini, ketika ditemui berikutan terpaksa mengharungi kehidupan yang mencabar dan kekurangan.

Kehidupan pasangan Mohd. Azmee Munir, 34, dan Siti Nur Ain Hassan, 27, itu malah bertambah sukar apabila anak bongsu mereka, Muhammad Aryyan Amsyar yang berusia setahun lima bulan disahkan menghidap ketvmbuhan di bahagian kepala sejak November tahun lalu.

Ia sekali gus memerlukan kanak-kanak itu menjalani sesi kim0terapi pada setiap minggu di Pulau Pinang.

Dengan pendapatan bersih Mohd. Azmee yang bekerja sebagai pemandu di salah sebuah universiti di sini hanya RM1,100, bayangkan bagaimana kehidupan mereka yang turut mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan dua orang lagi anak yang masing-masing berusia 10 dan sembilan tahun.

Ibarat kais pagi makan pagi, keluarga ini hanya makan sekali sehari kerana wang yang ada dan ditambah dengan bantuan rakan-rakan, perlu digunakan untuk menampung perjalanan ke Hospital Pulau Pinang pada setiap minggu bagi mendapatkan rawatan Muhammad Aryyan.

Apa yang mengundang rasa terkilan keluarga ini, apabila permohonan mereka bagi mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada awal Januari lalu telah ditolak atas alasan suaminya dikatakan mempunyai pendapatan yang cukup.

“Kalau kami mampu, kami tidak akan meminta bantuan. Wakil JKM ada datang ke rumah dan (Januari lalu) kata mereka (wakil JKM), suami saya bekerja kerajaan dan mempunyai pendapatan yang cukup, jadi tidak layak. Selain itu, saya juga dinasihatkan supaya melakukan kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.

“Bayangkan, kami terpaksa belanja kira-kira RM2,000 sebulan untuk kos perjalanan ke hospital, anak saya dua orang masih bersekolah, sewa rumah perlu dibayar, makan minum kami terpaksa dicatu, hanya makan sehari sekali. Bagi menampung perbelanjaan itu, suami terpaksa melakukan pelbagai kerja lain, manakala saya membuat kek pada masa terluang kerana Muhammad Aryyan sentiasa memerlukan perhatian.

“Kami juga bernasib baik, apabila rakan-rakan yang membantu. Kalau tidak, saya pun tidak tahu bagaimana nasib kami. Kadang-kala badan ini rasa cukup letih, air mata sentiasa berlinangan memikirkan nasib anak. Nasib baik mereka (anak-anak) faham dengan kehidupan keluarga yang serba kekurangan,” kata Siti Nur Ain dalam nada sebak ketika ditemui di rumah mereka di sini hari ini.

Tambah Siti Nur Ain, dia berharap JKM dapat mempermudahkan permohonan mereka yang sememangnya sangat memerlukan bantuan

Katanya, dia kesian melihat suami yang bertungkus lumus mencari wang untuk perbelanjaan mereka sekeluarga terutama untuk rawatan dan keperluan Muhammad Aryyan.

“Anak-anak adalah kekuatan kami untuk terus berjuang dalam keadaan serba kekurangan ini. Sekali lagi saya berharap, agar JKM dapat memberi bantuan bulanan kepada kami. Sekurang-kurangnya bantuan itu dapat meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

MOHD. Azmee dan isterinya, Siti Nur Ain bersama anak bongsu mereka, Muhammad Aryyan Amsyar 

Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu keluarga tersebut, boleh berbuat demikian dengan memberi sumbangan yang boleh disalurkan ke akaun CIMB 7615685655 milik Siti Nur Ain atau menghubungi di talian 0179824069 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

sumber; utusan via Terlajak viral