Siapa yang tidak kenal dengan Amy Search. Legenda rock tanah air yang cukup disegani dan diminati bukan saja di Malaysia malah nama beliau juga tidak asing dalam kalangan peminat di negara jiran, Indonesia.
Baru-baru ini, Amy membuat kejutan kepada peminat-peminatnya di republik itu apabila beliau muncul dan mempersembahkan lagu Isabella di perkarangan MRT.
Pada awalnya, penampilan Amy tidak dikenali khalayak kerana beliau bukan tampil dengan gaya rockers sebaliknya menyamar seperti ‘pengamen’ atau pemuzik jalanan.
Dia memakai jambang dan misai palsu sambil menyamar mengadakan persembahan busker di stesen MRT Bundaran HI itu.
Namun ramai peminat mempercayai individu itu adalah Amy Search selepas dia sendiri mendedahkan identitinya.
Pengakuan Amy kemudiannya diiringi sorakan orang awam yang terkejut dan tidak menyangka di depan mereka adalah seorang penyanyi terkenal.
“Suara saya sama dengan Amy Search ya? Ini lah dia Amy Search,” kata Amy sambil menanggalkan misai palsunya.
“Salam Jakarta! Apa khabar semua?” tambahnya lagi menyapa peminat sebelum meneruskan persembahan.
Amy juga sempat mengambil peluang berswafoto bersama para peminat yang berada di situ.
Bukan itu saja, Amy kemudian sekali lagi menyanyikan lagu Isabella di dalam MRT pula bersama para penumpang lain yang berada di dalam gerabak.
VIDEO :
Penghibur berusia 60 tahun ini sekali gus mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis pertama yang mengadakan persembahan busker di MRT, mercu baharu pengangkutan awam di Jakarta yang mula beroperasi secara rasmi pada 24 Mac lepas.
Wah,untunglah warga Jakarta. Amy bila nak naik MRT kat tempat sendiri pula?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:MHETV