Ziana memberitahu kehidupannya berjalan seperti biasa biarpun kini bergelar ibu tunggal.
PENYANYI Ziana Zain memberitahu tidak ada perubahan dalam kehidupannya biarpun kini bergelar ibu tunggal.
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 51, berkata dia tidak pernah rasa terbeban kerana sejak dari dulu sudah mendidik anak-anak untuk berdikari.
“Dari dulu sampai sekarang tidak ada perbezaan pun. Kehidupan masih diteruskan seperti biasa.
“Anak-anak pun macam biasa sahaja. Saya pun dari dulu lagi sudah mendidik mereka untuk berdikari,” kata Ziana kepada mStar.
Ziana mahu anak-anak utamakan pendidikan.
Ziana ditemui ketika majlis pelancaran Salam Web di Empire Hotel Subang, Subang Jaya, pada Rabu.
Sebelum ini, Ziana pernah berkahwin dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri, 54, pada 9 Mei 1998 namun bercerai pada 12 Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 15 serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 10.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Madah Berhelah ini mahu bekerja keras demi memberi yang terbaik buat anak-anaknya.
Ziana bekerja keras demi memberi yang terbaik untuk anak-anaknya.
Menurut Ziana, dia sentiasa berpesan kepada anak-anaknya bahawa pendidikan sangat penting untuk masa hadapan.
“Saya kerja keras untuk anak-anak. Mahu mereka belajar yang terbaik. Cukup satu pesanan saya kepada mereka untuk belajar rajin-rajin.
“Pendidikan itu sangat penting untuk masa hadapan. Saya selalu cakap, bila saya tak ada nanti siapa yang nak tolong.
“Saya tak kisah bila besar nanti mereka nak pilih kerjaya apa tapi apa-apa pun pendidikan adalah keutamaan,” ujarnya.
“Di mata saya hanya anak-anak, tidak fikir pengganti” – Ziana Zain
PENYANYI Ziana Zain memberitahu dia kini selesa dengan kehidupan sebagai ibu tunggal selepas bercerai dengan suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri pada Julai lalu.
Ziana berkata, dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti atau pasangan hidup buat masa ini.
“Saya selesa dengan keadaan sekarang dan tidak terfikir pun tentang pengganti.
“Di benak dan mata saya hanya nampak diri saya dan anak-anak sahaja,” ujarnya kepada mStar Online
Penyanyi lagu Madah Berhelah ini bercerai talak satu dengan Armin pada 12 Julai lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam.
Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Ziana berkata, dia juga tidak mengambil tahu jika ada mana-mana lelaki ingin mendekati dirinya.
“Saya tak tahu dan tidak mahu ambil tahu.
“Malah saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ziana bersyukur apabila dikeliling keluarga yang sentiasa memberi semangat untuk meneruskan kehidupan.
“Kehidupan perlu diteruskan, kita sentiasa mengadu pada yang Maha Esa dan sentiasa berfikiran positif serta dikelilingi orang yang baik-baik, perjalanan kita akan dipermudahkan,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mstar