“Tolong Jangan Buat Nur 3,” – Jalan Cerita Kian ‘Annoying’, Netizen Mohon Tiada Sequel & Ini Respon Pengarahnya

Menerima ribuan mesej menyatakan ketidakpuasan hati terhadap perjalanan watak dalam Nur 2, pengarah Shahrulezad Mohameddin menjelaskan setiap apa yang dipaparkan punya maksud tersirat dan pengajaran tersendiri.

Malah, ada netizen mendakwa jalan ceritanya menjadi ‘annoying’.

Tolong jangan buat dah drama Nur season 3. Takut pulak ayah haji kahwin dengan gadis Lorong, mak adan kena stroke sebab terkejut. Madi jadi bapak ayam.

Ecah buka kedai jual sup bunjut lepastu kahwin dengan warden penjara. Adam kahwin 2. Nur aku takdak idea dia nak jadi apa better dia p kerja dekat baskin robin jelah makan aiskrim hari2 asyik kesian dekat orang pun tak guna. Haihh annoying betoi hahaha.”

Katanya, tidak mampu menjelaskan satu persatu kekecewaan penonton, namun bagi pengarah ini, situasi itulah yang sebenarnya berlaku dalam realiti yang mana penonton tidak mahu menerima hakikat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

apa??? haaa cakap kat sini.. jap gi aku ajak ayah haji baca.. #jomkecamayahaji #nur

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

“Kalau ikutkan hati abam ni abam nak ulas satu persatu komen penonton/netizen yg memberi reaksi terhadap kebodohan/naive Nur, Ecah dan Adam dalam medsos.

“Kalau boleh abam nak suap satu demi satu pengajaran atau maksud yg tersirat disebalik kejadian atau peristiwa yg berlaku dalam keluarga itu.

“Tapi abam sedar abam tak mampu berbuat demikian. Terlalu ramai yg tak puas hati dengan tiga watak ini yg mana abam rasa sedikit upset. Abam bukan upset dengan watak atau cerita abam.

“Tapi abam upset bila mostly penonton Nur masih lagi gagal untuk memahami kenapa abam design watak mereka sedemikian.

Dalam pada masa sama mereka berteriak mahu cerita yg berpijak di bumi nyata dan realistik tapi dalam pada masa yg sama jugak mereka memilih untuk tidak mahu menerima realiti wujudnya watak watak sedemikian.

“Kalau boleh mereka nak menonton cerita Nur ni seumpama menonton sebuah gusti WWF yg mana setiap pukulan mesti dibalas saat itu jugak.

“Mereka seolah olah benci dengan Nur yg bodoh dan bengap itu walaupun watak Nur sebenarnya adalah cerminan segelintir wanita yg sorry to say memang ada yg senaif dan sebodoh Nur dan Ecah.”

Tulisnya lagi, Nur adalah mengisahkan kehidupan wanita di luar sana yang naif dan terlalu percayakan manusia.

Malah, tegasnya, tiada babak berlawan gusti dan Nur bukanlah superhero yang mampu bangkit sekelip mata melawan kekejaman.

“Cerita Nur 2 memang abam tujukan khas untuk perempuan2 dan lelaki2 naif dan lurus bendul diluar sana. Angkara Percaya Tergadai Bahagia. Sekiranya korang mengharapkan Nur bangkit balik dalam masa sekelip mata umpama watak watak hero dalam comic Marvel. Korang tersilap channel sebenarnya.

“Cerita Nur2 sangat simple mesejnya walaupun konflik dan plotnya kelihatan gelap pekat. Nak tahu apa mesejnya? Sila tunggu sehingga akhir. Itupun kalau korang bukan sejenis tak sabar atau cepat koyak. Again. Cerita Nur2 adalah mengisahkan kenaifan segelintir dari kita yg kerana terlalu percaya maka tergadai bahagianya. Itu saja.

“Ironinya semakin ramai wanita2 DM abam bercerita pasal dilema hidup mereka dalam berdepan dengan lelaki2 seperti Hamadi. Bila abam tanya kenapa tak keluar dari bubble itu.

“Mereka menjawab sama macam kenapa Aishah masih tak mampu untuk keluar dari cengkaman Hamadi. Ada yg dah berbelas tahun anak dah berderet. Bodoh? Ya mereka mengakui memang mereka bodoh.

“Apa yg mereka harapkan semoga Allah memberikan mereka kekuatan untuk bangkit. Aminnn,” tulisnya panjang lebar menerusi Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau ikutkan hati abam ni abam nak ulas satu persatu komen penonton/netizen yg memberi reaksi terhadap kebodohan/naive Nur, Ecah dan Adam dalam medsos. Kalau boleh abam nak suap satu demi satu pengajaran atau maksud yg tersirat disebalik kejadian atau peristiwa yg berlaku dalam keluarga itu. Tapi abam sedar abam tak mampu berbuat demikian. Terlalu ramai yg tak puas hati dengan tiga watak ini yg mana abam rasa sedikit upset. Abam bukan upset dengan watak atau cerita abam. Tapi abam upset bila mostly penonton Nur masih lagi gagal untuk memahami kenapa abam design watak mereka sedemikian. Dalam pada masa sama mereka berteriak mahu cerita yg berpijak di bumi nyata dan realistik tapi dalam pada masa yg sama jugak mereka memilih untuk tidak mahu menerima realiti wujudnya watak watak sedemikian. Kalau boleh mereka nak menonton cerita Nur ni seumpama menonton sebuah gusti WWF yg mana setiap pukulan mesti dibalas saat itu jugak. Mereka seolah olah benci dengan Nur yg bodoh dan bengap itu walaupun watak Nur sebenarnya adalah cerminan segelintir wanita yg sorry to say memang ada yg senaif dan sebodoh Nur dan Ecah. Cerita Nur2 memang abam tujukan khas untuk perempuan2 dan lelaki2 naif dan lurus bendul diluar sana. Angkara Percaya Tergadai Bahagia. Sekiranya korang mengharapkan Nur bangkit balik dalam masa sekelip mata umpama watak watak hero dalam comic Marvel. Korang tersilap channel sebenarnya. Cerita Nur2 sangat simple mesejnya walaupun konflik dan plotnya kelihatan gelap pekat. Nak tahu apa mesejnya? Sila tunggu sehingga akhir. Itupun kalau korang bukan sejenis tak sabar atau cepat koyak. Again. Cerita Nur2 adalah mengisahkan kenaifan segelintir dari kita yg kerana terlalu percaya maka tergadai bahagianya. Itu saja. Ironinya semakin ramai wanita2 DM abam bercerita pasal dilema hidup mereka dalam berdepan dengan lelaki2 seperti Hamadi. Bila abam tanya kenapa tak keluar dari bubble itu. Mereka menjawab sama macam kenapa Aishah masih tak mampu untuk keluar dari cengkaman Hamadi. Ada yg dah berbelas tahun anak dah berderet. Bodoh? Ya mereka mengakui memang mereka bodoh. Apa yg mereka harapkan semoga Allah memberikan mereka kekuatan untuk bangkit. Aminnn…

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Apapun, Nur 2 tetap mempunyai peminatnya tersendiri dan masing-masing pun berhak memberikan pandangann. Betul tak?

DRAMA lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli berjudul Nur yang mula ditayangkan sejak minggu lalu mendapat sambutan baik daripada penonton namun terdapat pendapat kurang enak mengenainya.

Karya yang mengisahkan seorang ustaz bertemu pelacur menjadikan jalan ceritanya berbeza berbanding drama-drama lain khususnya bagi tayangan pada bulan Ramadan.

Namun, ada segelintir netizen menganggap penulis skrip drama itu sengaja menjatuhkan maruah golongan ustaz apabila watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani menampilkannya sebagai orang munafik.

Selaku pengarah dan penulis skrip drama tersebut, Shahrulezad Mohameddin menjelaskan dia terlebih dahulu membuat kajian mengenai watak tersebut.

Antara penjelasan yang dibuat Shahrulezad menerusi Instagramnya.

Malah, dia juga pernah berjumpa dengan ustaz seperti watak yang dilakonkan oleh pelakon Azhan Rani.

“Semua watak seperti itu abang dah bertemu dik. Ya! Depan mata abang sendiri. Sebagai penulis skrip subjek macam ni memang abang curious sangat.

“Abang cuba dekati mereka. Cuba selami hati mereka. Orang macam ni sebenarnya hidup dalam penafian juga.

“Mengharapkan suatu hari nanti mereka sempat bertaubat yang mereka anggap semudah tekan suis buka dan tutup. Takut bukan?” tulis Shahrulezad.

Shahrulezad selaku pengarah dan penulis skrip drama itu mengkaji watak tersebut terlebih dahulu.

Penjelasan tersebut dibuat menerusi laman Instagram Shahrulezad selepas dia menerima komen netizen yang menganggap watak itu seperti mengaibkan golongan ulamak.

Dalam pada itu, Shahrulezad memberitahu masih ada lagi ustaz yang baik dan ikhlas biarpun sudah ditenggelami dengan kemunculan ustaz berperangai sebegitu.

Kata Shahrulezad, tujuan dia memaparkan kisah dan watak itu hanya sebagai salah satu langkah untuk ibu bapa agar perlu mengambil tahu hal yang berlaku terhadap anak mereka di sekolah.

“Walaupun begitu bukan semua ustaz di sekolah pondok atau tahfiz sejahat Ustaz Hamadi. Ramai yang baik dan ikhlas. Cuma kebaikan mereka semakin tenggelam dengan kemunculan ustaz ala Ustaz Hamadi ini.

Azhan Rani sebagai Ustaz Hamadi.

“Jadi tujuan abang paparkan kisah dan watak seperti ini hanyalah sebagai langkah kita untuk berjaga-jaga.

“Ibu bapa kena ambil tahu apa yang berlaku di sekolah pondok atau tahfiz anak mereka. Masa depan anak akan rosak kalau jatuh di tangan mereka yang salah,” katanya.

Dalam drama ini Ustaz Hamadi digambarkan seorang ustaz alim namun sebaliknya dia gemar melanggan pelacur dan menggunakan wang anak yatim untuk kepentingan dirinya sendiri. 

Selain Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azhan Rani, drama itu turut dibintangi oleh Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Noorkhiriah.

Drama terbitan terbitan Radius One Sdn Bhd itu disiarkan bermula 14 Mei lalu pada pukul 10 malam setiap Isnin hingga Khamis menerusi slot Samarinda TV3.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MediaHiburan