PELAKON dan penyanyi sensasi, Elly Mazlein membayangkan dia akan menamatkan status ibu tunggalnya pada tahun hadapan. Elly, 38, yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom bagaimanapun memberitahu semuanya masih dalam perancangan.
Katanya, meskipun hati sudah dimiliki tetapi masih memerlukan ruang untuk saling mengenali di antara satu sama lain. “Alhamdulillah, perkara pertama yang saya nak lakukan selepas hubungan makin rapat adalah berjumpa keluarga masing-masing.
“Syukur, apa yang kami harapkan iaitu restu keluarga nampaknya diperoleh. Penerimaan keluarga kedua belah pihak sangat baik. Anak saya, Putri Sara Sefhia Azmi, 3, juga sangat rapat dan sayang dengan dia. Apatah lagi, Sefhia memanggilnya papa,” katanya.
Menurut Elly, bapanya juga sangat rapat dengan lelaki berkenaan yang bekerja di sektor awam dan muda daripadanya. “Kalau ikutkan usia, saya dan dia berbeza umur 10 tahun. Tetapi, istimewanya dia di mata saya kerana kematangan sikap.
“Saya lihat dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam hubungan kami dan kini sudah pun membuat perancangan hidup berkeluarga,” katanya. Katanya, betapa seriusnya hubungan mereka dan keikhlasan itu ditunjukkan dengan persediaannya membeli rumah sendiri.
“Terus-terang, sikap matang dan ketulusan hatinya membuatkan saya rasa sangat dihargai oleh seorang lelaki,” katanya. Menurutnya, keakraban anaknya Sefhia dengan lelaki itu juga akhirnya berjaya membuka hati untuk bercinta semula.
Menurut pengacara Bintang Bersama Bintang 2019 di TV3, dia sebenarnya mengambil masa lama untuk membuat keputusan. Berbicara mengenai karier seninya, Elly berkata, dia bersyukur kini rezekinya makin dimurahkan Allah SWT.
Katanya, apa yang diperoleh itu adalah rezeki anak dan bapanya, malah dia kini gigih bekerja bagi menyara keluarga. Sumber harian metro
Artikel berkaitan ‘Papa ikhlas sayang Sefhia’
“KEIKHLASANNYA menyayangi Sefhia membuka pintu hati saya untuk menerima cinta baru”. Demikian kata penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, 38, mengakui sedang dalam proses mengenali rapat seorang lelaki yang dipanggil Papa.
Menurut Elly, lelaki yang dikenali sejak lima bulan lalu juga rapat dengan anaknya, Putri Sara Sefhia dan menerima anaknya seperti anak sendiri. “Kami masih lagi dalam fasa perkenalan. Papa adalah nama yang dipanggil oleh Sefhia kepadanya dan Sefhia pun nampaknya, mula selesa dengannya.
“Papa juga sayang Sefhia seperti anaknya sendiri. Kasih sayang itu nampak sangat ikhlas dan bukan dibuat-buat,” katanya kepada Harian Metro. Elly berkata, lelaki itu hadir pada masa yang betul.
“Buat masa sekarang, fokus kami adalah untuk bahagiakan Sefhia. Saya terbuka hati untuk menerimanya kerana dia sanggup keluar bertiga kerana saya akan sentiasa membawa Sefhia bersama,” katanya.
Penyanyi lagu Istana Depan Mata itu juga gembira melihat anaknya yang kini nampak sangat bahagia. “Papa membuatkan Sefhia rasa disayangi. Kalau dulu, dia tengok saja kalau ada kanak-kanak yang bermanja dengan bapa mereka. Sekarang, dia dah dapat rasakan perasaan yang sama seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Selain itu, lelaki itu juga nampaknya sudah melakukan pelbagai persediaan untuk kehidupannya. “Walaupun dia masih muda, tapi fikirannya sangat matang. Dia sentiasa bersiap sedia untuk kehidupannya, contohnya dah ada rumah sendiri dan simpanan untuk masa depan,” katanya.
Elly memohon peminat-peminatnya supaya mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup buatnya bersama anak. “Insya-Allah, saya harap hubungan kali ini dipermudahkan oleh Allah. Doakan saya sekeluarga,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:Cokelat Putih via @NOTE UNTUK AWAK