Sekarang sedang hangat isu perpisahan rumahtanggan bekas peserta program Pencetus Ummah iaitu PU Abu Sufyan dengan isterinya yang ketika ini sedang sarat mengandungkan anak mereka yang pertama. Tambahan lagi, isu ini lebih hangat lagi apabila PU tersebut telah memilih seorang janda untuk dikahwini setelah mencer4ikan isteri pertamanya itu.
Jangan bina mahligai atas air mata seorang isteri…
Terpanggil untuk mengulas isu ini, pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew telah membuat satu perkongsian Facebook berkenaan kisah si isteri yang ditinggalkan suami ketika sarat mengandung demi untuk wanita lain.
Bukan kita suka kita jaga, tak suka ceraikan…
Menerusi perkongsian tersebut, ustaz Ebit menegaskan bahawa di dalam sesebuah rumah tangga itu perlu ada sifat bertolak ansur dalam menerima kekurangan pasangan masing-masing dan bersama cari redha Allah untuk keberkatan bersama.
Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah….
Selain itu, Ustaz turut berkongsi bahawa bahagia itu akan wujud apabila kita saling memberi dan membantu antara satu sama lain bukan hanya menuntut hak kita dari pasangan sahaja. Rumahtangga yang terbaik itu dibentuk dari keluarga yang saling membantu dalm menuju jalan yang diredhai Allah.
Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan….
Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu.
Tidak dapat dinafikan dalam rumah tangga pasti akan ada cabaran melanda, justeru setiap pasangan dinasihatkan agar berfikir panjang sebelum membuat keputusan yang tidak sehingga memusnahkan mahligai yang dibina.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Ustaz Ebit Lew, Dhia