Alhamdulillah… Dah Jumpa.. Rupanya Berada Di Hospital Serdang!

PEMILIK sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Saujana Impian, Kajang, ditemui di Hospital Serdang, malam tadi.

Nor Fariza Mazlan, 26, disedari hilang oleh adiknya, Nor Dhia Mazlan, 21, selepas keluar dari rumahnya untuk mengajar Al-Quran kira-kira 8 malam dengan menaiki kenderaan lain.

Nor Dhia berkata, ahli keluarganya dihubungi orang awam yang memaklumkan kakaknya itu menerima rawatan di Hospital Serdang.

“Kami terima maklumat orang awam memaklumkan kakak di hospital itu kira-kira 9 malam tadi.

“Hasil maklumat itu, kami pergi ke hospital terbabit dan menemui kakak sedang menerima rawatan akibat masalah kemvrungan dihadapinya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, kakaknya kini berada di rumah selepas dibenarkan pulang oleh pihak hospital.

“Kami sudah memaklumkan mengenai perkara itu (jumpa Nor Fariza) kepada pihak polis.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari kakak sebelum ini,” katanya.

Pemilik sekolah KAFA hilang

PEMILIK sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Saujana Impian, Kajang, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya kelmarin.

Nor Fariza Mazlan, 26, disedari hilang oleh adiknya, Nor Dhia Mazlan, 21, selepas keluar dari rumah untuk mengajar al-Quran di rumah pelajarnya di Saujana Impian, kira-kira 8 malam.

Nor Dhia berkata, kebiasaannya, Nor Fariza menaiki kereta Proton Persona miliknya setiap kali keluar rumah.

Bagaimanapun, katanya, pada malam itu, kakak keluar rumah dengan menaiki kenderaan lain.

“Dia (kakak) ada memaklumkan kepada saya mahu keluar mengajar al-Quran (di rumah pelajar), namun sebelum ini dia tidak pernah naik kenderaan lain setiap kali keluar rumah.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki sesuatu sehingga dia tidak pulang ke rumah 12 tengah malam tadi.

“Saya cuba menghubunginya melalui panggilan telefon, namun gagal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nor Dhia berkata, pemeriksaan di bilik kakaknya itu mendapati Nor Fariza tidak membawa pakaian serta barangan peribadinya yang lain ketika keluar rumah.

“Semua pakaian dan barang peribadinya ada di bilik. Ketika keluar, dia hanya membawa beg yang sering digunakan untuk mengajar.

“Saya bersama ahli keluarga lain cuba mencari kakak di surau dan masjid di kawasan sekitar Saujana Impian, namun dia tiada di sana. Jejak Nor Fariza gagal dikesan.

“Kehilangan kakak juga sudah dimaklumkan kepada ayah dan ibu kami yang kini berada di kampung di Gua Musang, Kelantan,” katanya yang memaklumkan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Menurut Nor Dhia, dia bimbang terhadap keselamatan kakaknya itu kerana Nor Fariza mengalami masalah kemvrungan.

“Minggu lalu, kakak mendapat rawatan di Hospital Kajang selepas pengsan.

“Doktor mengesahkan kakak mengalami kemvrungan, namun kami (ahli keluarga) tidak tahu punca dia berdepan masalah itu kerana dia tidak pernah bercerita.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kakak diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro