BAPA kepada pelakon Zahirah MacWilson menyedari mengenai hubungan intim anak gadisnya dengan aktor Aiman Hakim Ridza menerusi laporan berita dan media sosial.
Menurut Zainol MacWilson, perkongsian gambar-gambar Zahirah dan Aiman di Instagram juga jelas membawa maksud hubungan mereka lebih daripada seorang kawan biasa.
Aiman Hakim Ridza perlu restu Zainol MacWilson.
“Nampaknya mereka bukan sekadar berkawan, hubungan mereka kelihatan begitu intim.
“Namun saya tak berapa kenal sangat dengan Aiman. Saya tak tahu dia budak baik atau tidak. Saya tak tahu hal sebenar kerana orang boleh cerita macam-macam,” katanya kepada mStar.
Saya tak berapa kenal sangat dengan Aiman. Saya tak tahu dia budak baik atau tidak. -ZAINOL MACWILSON
Zainol atau nama sebenarnya Zainol Johari MacWilson, 60, yang menetap di Australia dihubungi mStar berhubung hasrat anaknya untuk mengikat pertunangan dengan Aiman.
Bagaimanapun kata Zainol, Zahirah dan Aiman perlu mendapatkan restu daripadanya terlebih dahulu jika pasangan itu serius.
Kisah cinta Aiman dan Zahirah dapat perhatian ramai.
“Memandangkan saya masih hidup, of couse the right thing to do kena minta restu ibu bapa.
“Kalau dua-dua restu, OK. Kalau dua-dua tak restu, tak OK. Kalau salah seorang sahaja yang restu pun tak OK juga,” katanya.
Sebelum ini Zahirah memberitahu Aiman ada membawa keluarga untuk berkenalan dengan ibunya.
Bagaimanapun Zainol berkata dia tidak mengetahui mengenai pertemuan dengan bekas isterinya itu.
Pertemuan Aiman bersama ibu Zahirah, Maslinda Yusoff baru-baru ini.
Dalam pada itu, bekas pembaca berita TV3 ini berharap agar peminat Zahirah dan Aiman tidak terlalu teruja dengan kisah cinta mereka kerana kedua-duanya belum mempunyai ikatan yang sah.
“Saya juga faham tentang keterujaan peminat, mereka boleh berkata apa-apa tentang percintaan Zahirah dan Aiman.
“Sebagai bapa saya berhak menentukan yang terbaik buat masa depan Zahirah, restu ibu bapa adalah perkara penting dalam setiap perhubungan,” tambah Zainol.
VIDEO:
“Kalau keluarga sudah restu kami akan bertunang” – Zahirah MacWilson
PELAKON Zahirah MacWilson memberi bayangan dia dan kekasihnya, Aiman Hakim Ridza bakal mengikat tali pertunangan selepas selesai penggambara MegaDrama Curi-curi Cinta.
Zahirah,24, bagaimanapun tidak dapat memberi kepastian mengenai khabar gembira itu disebabkan komitmen kerja yang masih belum selesai.
“Bagi saya kalau keluarga kami merestui hubungan ini, kalau semuanya berjalan lancar, kami akan membincangkan untuk ke fasa seterusnya, iaitu bertunang.
“Buat masa ini belum ada perbincangan secara terperinci mengenai itu, tapi dia ada datang bawa keluarga dia berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa saya.
“Mungkin dia akan datang sekali lagi masa bulan puasa, apapun saya nak habiskan shoot ni semua insyallah selepas itu kita tengok macam mana,” katanya kepada mStar Online.
Zahirah ditemui pada sidang media selepas majlis peragaan baju raya Starvilion 2019 di Royale Palace, Shah Alam pada Khamis.
Bercerita lanjut mengenai personaliti kekasihnya itu, Zahirah berkata dia tidak berasa kekok meskipun digandingkan untuk berlakon bersama.
“Berlakon dengan Aiman sangat mudah, keserasian antara kami memang dah ada, dia juga seorang yang bijak jadi mudah untuk kami duduk dan berbincang.
“Sebenarnya lebih mudah untuk kami bekerja bersama. Tiada rasa janggal untuk berlakon bersama walaupun dia teman lelaki saya. Dia profesional.
“Aiman juga bukan seorang yang cemburu atau jenis yang kuat kongkong,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai kontroversi yang melanda dia dan Aiman kerana dilihat secara terbuka memaparkan kemesraan hingga mengundang rasa kurang sesetengah pihak Zahirah punya jawapan tersendiri.
“Saya faham kalau ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan kemesraan antara dan Aiman.
“Realitinya, kami bukanlah jenis yang berkepit. Kami masih menghormati orang disekeliling,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:mStar