“Saya Beli Dekat Booth2 Dekat Mydin Tu, RM50 Je…” – Jawapan Eina Azman Buat Peminat Terkejut

Siapa tidak kenal dengan Datin Eina Azman, seorang selebriti yang selalu tampil dengan video masakannya yang mendapat tontonan dari ramai peminat. Selain itu, sikapnya yang lemah lembut dan merendah diri juga membuat ramai peminat menyukainya. 

Terdahulu, Eina sendiri dilihat memakai baju kurung cotton yang biasa sahaja ketika menghadiri majlis perkahwinan Fasha Sandha dan ramai yang memuji mengatakan fesyennya itu bersesuaian dengan majlis yang dihadiri. 

 

Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat bahawa baju kurung yang dipakainya itu bukanlah daripada kain yang biasa, ia semestinya dari jenis gred kualiti tinggi dan mahal harganya. 

Yang Datin pakai ni confirm ada class gitu…

Cotton dia ratus2 min oii….

Namun, melalui perkongsian gambar terbarunya, Eina sendiri menyatakan bahawa baju kurung cotton yang dipakainya itu hanyalah dibeli di Mydin dan harganya cuma rm50 sahaja setelah ditanya oleh peminatnya. 

Aww thanks but all my baju kurung cotton from  mydin…

Yes saya beli dkt booth2 tu rm50 je…

Komen yang dijawab oleh Eina azman sendiri membuatkan peminat terkejut dan tidak menyangka bahawa baju tersebut hanyalah dibeli di Mydin dengan harga rm50.

Komen netizen;

Ni bukti cantik tak perlu melebih…

Love sangat tengok awak dik…

Macam cikgu…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber ; IG @einaazman/omm