Pelakon Shaheizy Sam mendedahkan nama anak keduanya iaitu Sarima Samheizy di laman sosialnya pada Sabtu.
Suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini juga sempat bergurau mahukan 10 orang lagi cahaya mata.
Anak kedua Sam dan Syatilla dinamakan Sarima Samheizy.
“Setelah dua tahun putera Syeriv Samheizy berkuasa dikausnya, kini telah diambil alih pula oleh puteri Sarima Samheizy.
“Dua selamat bertakhta, tinggal 10 Samheizy je lagi. Harap kausnya (katil) bertahan,” ujarnya.
Sam dan Syatilla bersama anak sulung mereka, Syeriv Samheizy, 2 tahun.
Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang.
Syatilla melahirkan anak sulungnya iaitu Syeriv Samheizy pada 17 April 2018.
Shaheizy Sam, Syatilla timang anak perempuan
Syatilla semalat bersalin pada pagi Rabu.
Pelakon Syatilla Melvin selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pukul 9.15 pagi Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya iaitu aktor Shaheizy Sam di laman sosial Instagram.
“Kami tidak lagi bertiga. Alhamdulillah dan terima kasih semua,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon drama Sha dan Shah turut meluahkan rasa syukur apabila bayi yang dilahirkan itu sihat.
Sam dan Syatilla berterima kasih kepada semua yang mendoakan semua berjalan lancar.
Dia juga berterima kasih kepada suaminya yang sentiasa berada di sisi sepanjang proses bersalin.
“Alhamdulillah baby girl kami dan keluar sihat gebu anak perempuan aku. Tadi sempat buat tutorial make up dalam bilik pembedahan. Terima kasih sayangku Sezzy Seng sentiasa di sisi,” ujarnya.
Pasangan ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Syeriv Samheizy yang kini berusia 2 tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mstar via Otokgeligo