Pelakon, Bella Dally bakal berangkat ke tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Arif Izuddin tidak lama lagi.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Bella menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
View this post on InstagramNo words can describe how thankful I am to have you in my life ❤️ . . . Photo: @_thex2
Bella menerusi entri tersebut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.
“Insya-Allah tak lama lagi, saya akan melihat kaabah buat pertama kalinya dengan mata saya sendiri.
“Assalamualaikum… Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah.
“Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap yang pernah saya lakukan secara sedar atau tidak, perbuatan, percakapan atau apa sahaja yang menyinggung perasaan anda.
“Terima kasih atas semua doa dan nasihat yang diberikan, semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Amin,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya mendoakan Bella sentiasa diberikan kesihatan yang baik selain perjalanan ibadahnya dipermudahkan.
Terdahulu, dengan sekali lafaz, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally sah bergelar isteri kepada Arif berkahwin pada tanggal 31 Mac 2019.
Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun berc3rai pada 2 Mei 2018.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak