PELAKON Rita Rudaini mendedahkan anak keduannya iaitu Arjuna pernah mempersoalkan kenapa dia tidak mempunyai bapa seperti rakan-rakan sekolah yang lain.
Menurut Rita, 43, dia perlu berhati-hati menjawab persoalan itu kerana jawapan yang diberi menjadi kekuatan dan semangat buat anaknya.
“Sayangku Arjuna, tidak pernah lelah membesarkan kamu. Di usia begini, kamu dipilih dia untuk diberi ujian kerana Dia tahu kamu kuat.
“Kamu pernah tanya, waktu itu umur kamu enam tahun, ‘kenapa adik tak ada daddy? Kawan adik kat sekolah semua ada daddy?’.
Rita perlu berhat-hati memberi jawapan kepada anaknya.
“Berhati-hati mommy jawab supaya jawapan mommy adalah kekuatan dan semangat kamu sampai bila-bila,” tulis Rita menerusi laman Instagram miliknya.
Pemilik nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar berkongsi perkara itu sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya ke lapan tahun itu pada Isnin, 29 April 2019.
Rita memberitahu Arjuna tersenyum apabila dia menjelaskan anaknya seorang yang istimewa berbanding rakan yang lain.
Aktres itu juga memberi ucapan selamat hari lahir dan mendoakan agar anaknya yang dianggap luar biasa itu sentiasa dijaga Allah.
“Sebab adik lebih istimewa daripada kawan-kawan adik. Allah sayang adik, Allah bagi adik kuat dari kecil lagi.
Foto kenangan Rayyan dan Arjuna bersama bapanya, Aidil yang dimuat naik Rita di laman sosial.
“Cukup buat hati mommy menangis di dalam. Selamat ulang tahun sang Arjuna ku yang luar biasa. Tiada apa yang mommy harapkan, cuma doa mommy, adik sentiasa dijaganya.
“Terima kasih kerana hadir temani hidup mommy. Terima kasih Allah kerana pinjamkan adik kepadaku,” kata Rita.
Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.
Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, yang kini bawah jagaan Rita.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar