Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sesiapa saja atas muka bumi ini yang menginginkan kejayaan, korang haruslah mulakan ia dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kata-kata seperti inilah yang mungkin mendorong seorang wanita dari Kelantan untuk berusaha, walaupun pernah diejek sebagai orang kampung dan melalui pelbagai pancaroba dalam hidup. Lebih indah, dia sekarang mampu hadiahkan banglo mewah buat ibu tersayang. Jom baca perkongsiannya!
“Berangan tak salah, bercita-cita juga tak salah… Sekarang mek dah buktikan impian dan cita-cita mek mendirikan banglo mewah di usia muda”
Menerusi perkongsian page My Kelantanese, seorang wanita telah menceritakan kisah hidupnya yang bermula tanpa apa-apa sehingga berjaya membina sebuah banglo mewah hanya dengan hasil berniaga ayam. Wow macam tak percaya kan?
“Setiap hari rutin harian pagi beli ayam untuk dijadikan satay, tetiba terlintas nak berniaga ayam untuk tambah pendapatan”
“Kami dihalau dari tapak berniaga dan rumah kami kerana tanah peninggalan arwah bertukar milik kepada mak sedara aku”
“Kami dirikan banglo impian kami dengan hasil dari pekerjaan yang selalu dihina masyarakat, dihina kerana busuk kerana tiada masa depan”
Admin terharu sangat baca kisah wanita ini dan keluarganya yang bangkit dari kemiskinan dengan usaha dan kejayaan. Harap-harap kisah ni dapatlah beri inspirasi buat kita semua untuk terus berusaha dan jangan putus asa.
Datang dari kampung ke, dari bandar ke… kalau pemalas, buat apa pun tak jadi kan? Nak kejayaan, berusahalah bersungguh-sungguh!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: My Kelantanese via Lobakmerah