“Kalau ada barang hilang kami sekeluargalah ditudvh mencvri” – Alha Alfa dedah perit hidup miskin selepas hadiahkan ibu kereta Merc

PERKONGSIAN usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil yang menghadiahkan ibu tersayang Norsham Ahmad sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz bersempena hari jadinya yang ke-60 baru-baru ini mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

terima kasih atas segala ape yg telah di beri semenjak dlm perut smpi sekarang..sujud syukur padamu ya allah~tarikh lahir ibu dapat hadiahkan ibu kereta yg diminatinya..alhamdulillah.. tapi nmber plate tu nama ayah..sbb nama ibu susah nak dapat..lagipun yg bawak pun ayah kan..😊😊 tataw nak cakap happynya macamana bila ape yg ibu ayah kita inginkan dan kita dapat bagi..sy tau ini hanya sikit xterbalas jasa mereka jaga kite dr kecik.. . . teringat peristiwa nak masuk uitm xde duit nak beli barang2 keperluan n yuran n kos perbelanjaan..ibu pajak gelang perkahwinan mereka..alha bawak ibu nek motor g kedai emas..time tu allah je tau ape perasaan..yg kalau boleh xnak bagi ibu pajak..tapi terpaksa..smpi now rasa terkilan tu..satu2nya pemberian ayah kat ibu time kawen..tapi itu jgak last yg ibu ada utk anaknye smbung belajar 😭😭 maaf ye bu..alha cuba carik kedai emas tu dah xde..😢 xpelah harap lepasni banyak lagi adiah balim boleh bagi kat ibu n ayah..selagi kuderat ni ada..insha allah..selagi ape balim buat,.niatnya xlain..nak bg ibu ayah senang,lepastu baru diri sendiri insha allah 🙇🏻‍♂️🙇🏻‍♂️ nk belikan merz yg canggih2 lagi ayah xnak..tak pandai nak tekan2 button tu katanya 🤣🤣 semalam pun jenuh call wiper xfunction..arini call kata dah ok..hahaha ayah ni..😅😂 love u forever smpi hujung nyawa..alha xbaik mana,tapi cuma kongsi ape yg boleh semoga jadi inspirasi pada yg mula nak berniaga,start pikir depa ni dlu baru pikir kite insha allah allah bagi semua..kalau buat sesuatu yg susah n rasa xmungkin boleh buat,..call depa ni mntak pendapat..insha allah benda tu dipermudah sbb semangat depa bg kat kite tu adalah “energy” yg allah supply pada kite.. kawan2…gf bf..tunang or wife anytime boleh tggalkn kite..tapi depa akan tetap kat sisi walau kite ada masa terlupa depa.. . . tiap kali nak raya satu benda alha igt time kecik dlu..ayah suka pakai baju melayu yg sama 2-3 tahun,bila tanya nape xbeli..katanya syg baju elok lagi pakai pun time raya je..xlama lepas tu dengar die borak ngn ibu kat bilik..bkn xnk beli,duit xckup..xpe biar anak2 dlu..start dr tu alha akan pastikan tiap kali raya ayah pakai baju baru..☺️☺️ tahun ni ayah pakai @alhaalfa.rtw okehh 😍😍😍🙏🏻🙏🏻

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

Ramai yang tersentuh hati dengan kisah di sebalik kehidupan Abdul Al Halim atau lebih mesra dengan sapaan Alha Alfa itu yang sebenarnya melalui pelbagai rintangan untuk sampai ke tahapnya hari ini.

Alha, 31, berkata perkongsian itu bukan untuk mendabik dada, jauh sekali bersikap r1ak namun ia semata-mata untuk memberi inspirasi kepada orang lain serta mengingatkan dirinya sendiri tentang jasa kedua ibu bapanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya allah~ sujud syukur atas rezeki ini..my 1st own house..Xbesar mana tapi syukur🙇🏻‍♂️alhamdulillah..ALLAH sebaik2 perancang🙏🏻🙇🏻‍♂️ rumah ni alha beli tahun pertama jual @alhaalfacosmetics_hq time ni korek habis2 duit yg ada nak beli..time g tgk umah ni,bawak alza lagi..org tu pun pandang atas bawah😂😂pada mulanya xlepas 😥 tapi usaha2 jgak alhamdulillahhhhh..lepas bayar depo..time tu xde perancangan nak kawen..n baru je kenal2 ngn anje i..time sign agreement rumah siap awal tahun 2020 sepatutnya (maksudnya lepas kawen baru umah siap)..tapi masha allah!! Rumah dah siappppp!! Hadiah perkahwinan yg tak di duga! Syukur 😭🙏🏻 tayah pening2 nak carik umah sewa ag..korg kalau ada duit lebih, try aim beli rumah dlu compare nak beli keta mewah atau motor mewah melainkan duit tataw nak buat ape dah..sbb rumah ni hrga makin mahal..alha cuba nak tiru ayah..ayah ada 3 biji umah..walaupun umah flat n satu umah teres..time tu hempas pulas nak bayar duit umah..ayah sewakan kat org..tapi! Alha selalu jgak tanya kenapa nak ada 2-3 umah?? Jawap ayah..nanti dah tua2 xnak susah anak2!! Dan ianya berhasil!! Duit yg satu masa dlu sewa rm100…now dah rm500 tau! Yg umah teres tu dr dlu org sewa 3-4ratus..now dah 1k !! So bila dah pencen..ayah xde pun mntak2 duit kat kami..sbb hidup berdua ngn ibu..duit umah tu dah cukup buat duit belanje..benda ni yg ayah selalu cakap dlu..so now misi alha nak ada 10 rumah! Aminkan pls..Hehehehe so nanti dah tua tanak kacau anak2 ehheehe..masa sekarang mmg sewa umah rm500..tapi dalam masa 5 tahun! Boleh jadi double tau! Percaya lahhh..satu hari nanti tanah xcukup..rumah mesti mahal gila2 kan! So now mari berjimat..kite beli n kumpul rumah ok? Takpe pakai keta kecik pun..yg penting rumah sendiri dah ada..dari keta besaq2 tapi menyewa kn..contoh perkiraan mudah..beli rumah yg boleh di sewa kan rm1500,kite tayah duduk..kite carik rumah sewa yg harga 700 ke..so duit dr org sewa rumah kite tu..kite untung rm800 lagi..boleh buat belanje..😘😘 atau beli satu rumah lagi kos rendah..so smpi satu tahap tayah keje dah..tiap bulan kutip duit sewa umah je ehhehe😝😝 semoga kite semua di murahkan rezeki olehNYA..amin3x..

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

Sering dipandang h1na, ditvdvh pencvr1

Ini kerana kata Alha, dia bukan datang daripada keluarga senang malah bapanya Mohd Al Fadzil hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan pendapatan RM500 sebulan.

Kesempitan hidup ketika itu juga kata Alha membuatkan mereka sekeluarga sering dipandang h1na serta menjadi sasaran sekiranya berlaku sesuatu perkara.

Alha memberitahu ibu bapanya adalah inspirasi terbesarnya.

“Bayangkan ayah saya hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan pendapatan RM500 dan perlu menampung kami empat beradik… saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana ayah mampu melakukannya.

“Dipandang h1na itu sudah biasa malah kalau bertandang ke rumah orang dan ada barang yang hilang kamilah sekeluarga menjadi m4ngsa ditvdvh mencvr1.

“Apabila dikenang kembali memang sedih tetapi situasi itulah yang membuatkan saya nekad untuk berjaya dalam hidup agar dapat bantu keluarga dan tiada lagi yang mengh1na dan menuvdvh kami sebagai pencvri!,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

nampaknya BULAN RAMADHAN semakin hampir!! @alhaalfacosmetics_hq ada banyakkkk event!! ok selalu ramai sgt yg dm2 nak keje kan? nak jadi partimer kan? ok now sape yg lepasan2 spm ke..yg nak carik duit raya, cepat komen! nanti HQ akan DM anda.. kami memerlukan promoter @alhaalfa.rtw dan @alhaalfacosmetics_hq . . ciri2 :- . 1- terer PR (public relation) 👈🏻 xpaham google.. . 2- tidak pemalu berlebihan sehingga menyorok di balik kurta @alhaalfa.rtw 😱 . 3- cantik..kacak..muka manis kira dr org nak beli 1…terbeli 15 (bonus) . 4- berbudi bahasa budaya kita (xnk yg bila penat je emosi terganggu..mula muka jatuh xcukup collagen.🤤🤤)mula nak marah2.. xmoooo . 5- nk yg ringan tulang selain ringan berat badan 💃🏻💃🏻 . 6- mesra pelanggan (tapi tidaklah sehingga meminta nmber phone customer utk berkenalan atau menggatai) . 7- jujur!!! ini penting..kalau tak jujur macamana hubungan nak berkekalan..tibeerrrr . 8- tak panjang tangan..benda lain nak panjang tu xpe..rambut..kain.. dll 😊 . . . gaji xpernah menghampakan insha allah..promoter ALHA ALFA semua kaya raya gaji kalah boss..masing2 dah pakai HONDA 💃🏻💃🏻 kalau anda keje bagus..nanti kami tarik keje ke HQ terusss~~ kalau anda nk dapat pahala, tag kawan2 anda yg nak duit raya..yg rajin keje,yg asyik tanam anggur x menjadi tu..mari mari mari jadi @alhaalfacosmetics_hq TEAM!! . . #camnilahraya #alhaalfaraya #alhaalfateam #alhaalfa #alhaalfacosmetics #promoterswanted

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

Ibu gadai gelang demi RM500

Bercerita mengenai hadiah kepada ibunya itu, Alha berkata, kereta mewah itu bukanlah seberapa berbanding pengorbanan yang pernah dilakukan sejak dia kecil.

Cerita Alha, ketika dia diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar pada 2007, ibunya sanggup menggadai gelang perkahwinannya demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaannya.

Alha terkilan tidak dapat menebus kembali gelang ibunya.

Katanya, hasil gadai gelang itu, ibunya memperoleh sekitar RM500 yang diberikan kepadanya untuk digunakan ketika masuk ke UiTM.

“Alha bawa sendiri ibu naik motosikal pergi ke kedai emas, masa itu Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya yang kalau boleh tak nak lihat ibu pajak gelang kesayangannya tetapi terpaksa.

“Sehingga sekarang saya rasa terkilan kerana ia satu-satunya pemberian ayah pada ibu masa mereka berkahwin tetapi itu juga harta terakhirnya untuk anaknya ini sambung belajar,” ujarnya.

Lebih malang kata Alha, sejak itu dia berhasrat untuk menebus kembali gelang berkenaan namun kedai tersebut sudah ditutup membuatkannya terkilan sehingga ke hari ini.

Malah kata Alha, bapanya juga banyak berkorban namun tidak pernah ditunjukkan kesusahan dan rasa sedih kepada mereka adik-beradik kerana ingin memastikan keperluan mereka semua terjaga.

 

Dipandang h1na itu sudah biasa malah kalau bertandang ke rumah orang dan ada barang yang hilang kamilah sekeluarga menjadi m4ngsa ditvduh mencvri.

ALHA ALFA  Usahawan/Jurusolek

 

“Dulu tiap kali nak raya satu benda saya ingat, ayah suka pakai baju Melayu yang sama dua tiga tahun, bila tanya kenapa tak beli katanya sayang baju elok lagi.

“Tapi saya pernah terdengar perbualannya dengan ibu dia tidak beli kerana tidak cukup duit dan mahu melihat anak-anaknya memakai baju baharu di pagi raya.

“Sejak itu saya berazam akan pastikan ayah pakai baju baharu setiap kali tibanya hari raya dan Alhamdulillah sekarang sudah ada jenama sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, Alha berkata, dia berharap perkongsian itu dapat memberi inspirasi kepada peniaga atau usahawan baharu agar meletakkan ibu bapa di tangga teratas dalam apa jua dilakukan.

“Fikirkan mereka dahulu baru diri sendiri… Insya-Allah Allah mudahkan dan bagi semua. Kalau buat sesuatu yang susah dan rasa tak mungkin boleh buat, telefon mereka minta pendapat dan Insya-Allah ia dipermudahkan.

“Semangat ibu bapa ini sebenarnya adalah ‘tenaga’ yang Allah berikan kepada kita. Ingat isteri, suami, rakan, kekasih atau tunang bila-bila masa boleh tinggalkan kita tapi ibu bapa akan tetap berada di sisi walaupun ada masanya kita terlupakan mereka,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar