Aiman Hakim dah jumpa bapa Zahirah

Mengulas cerita kononnya hubungan percintaan tidak direstui bapa kekasih, pelakon Aiman Hakim Ridza memberitahu dia tidak mahu memberi sebarang komen lanjut kerana bimbang akan disalah anggap oleh pihak lain.

Aiman dan kekasihnya, Zahirah MacWilson faham bahawa setiap bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

“Saya faham mungkin bapa Zahirah terlalu sayang dan menjaga anaknya. Sebab itu dia bercakap begitu.

“Kami tidak ada sebarang masalah dan pernah berjumpa sebelum ini.

“Jadi tidak perlu saya komen tentang hal ini kerana ia sesuatu yang sangat sensitif,” ujar Aiman.

Sebelum ini menerusi laporan beberapa portal hiburan, bapa kepada Zahirah iaitu Zainol MacWilson memberitahu restu keluarga amat penting dan ramai yang beranggapan dia tidak suka Zahirah dan Aiman kini bercinta.

Apabila ditanya soal perancangan ke fasa seterusnya, kata Aiman dia akan terbang ke Perth, Australia untuk bertemu keluarga kekasihnya yang menetap di sana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My real dad.. my on screen dad ❤️ thankful for the memories! #TakAdaCintaSepertimu @zahirahmacwilson.fc #wheelchairforshootingpurposesonly

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

“Doakan sahaja sama ada bertunang atau sebagainya. Semoga semuanya baik-baik sahaja,” jawab Aiman ringkas.

Dia ditemui di majlis mempromosikan program Ramadan di saluran Astro. Drama gandingan Aiman dan Zahirah berjudul Curi Curi Cinta kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Sementara itu, Astro menyediakan pelbagai program menarik sepanjang Ramadan di semua platform termasuk televisyen, radio dan digital. – MHE TV

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wearing my favourite baju melayu Teluk Belanga by @qierahman_ on @meletop 🤙🏻 #qierahmanxaimanhakimridza #bajumelayu #cekakmusang #johor

A post shared by Aimanhakimridza (@aimanhakimridza) on

Aiman ditemui pada majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2019 di Bukit Jalil pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Aiman berkata dia juga akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi di negara itu.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Zainol terhadap dirinya, Aiman  menganggap tindakan itu hanya untuk melindungi anak perempuannya.

Jelas Aiman, dia faham Zainol seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan sayangkan Zahirah.

“Sebenarnya kami sudah berjumpa dua tiga kali sebelum ini. Saya memahami mungkin sebagai seorang bapa, beliau menjadi seorang yang sangat ‘protective’.

“Kerana dia juga membesarkan Zahirah dengan penuh kasih sayang. Jadi sebagai seorang bapa, dia hanya menjaga anak perempuannya dan saya faham perkara itu.

“Malah, saya amat mengagumi bagaimana cara beliau menjaya Zahirah. Saya harap saya juga dapat menyayangi Zahirah seperti mana beliau menyayangi anak perempuannya,” katanya.

Sebelum ini, Zainol menerusi mStar memento pasangan itu untuk meminta restu daripadanya sebelum membawa hubungan percintaan itu ke fasa seterusnya.

Zainol kemudiannya, meminta maaf atas kenyataannya yang mendakwa belum bertemu dan mengenali rapat pelakon lelaki tersebut.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MHE TV