Demi kejar pahala, isteri Baim Wong rajin memasak

Baim Wong bawa bekal makanan yang dimasak isteri. Foto Instagram @baimwong

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ini .. AKU ULANG TAHUN .. Minta diselametin dong .. . #captionterbaiktahun2019

A post shared by baim wong (@baimwong) on

PELAKON Baim Wong berkata isterinya iaitu Paula Verhoeven kini lebih rajin turun ke dapur dan menyediakan makanan.

Menerusi portal Liputan6, Baim memberitahu dia membawa bekal makanan yang dimasak oleh isterinya itu.

“Isteri sediakan makanan untuk saya kerana dia baru tahu kalau isteri buatkan apa sahaja untuk suami adalah pahala,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aduhhhh diapit dua Kesayangan nii.. #pulanglangsungketemumamah ❤

A post shared by baim wong (@baimwong) on

Sementara itu, Baim berkata Paula mempelajari mengenai masakan daripada buku resepi dan teman-teman yang bekerja sebagai tukang masak.

Walaupun baru berjinak-jinak di dapur, Baim mengakui masakan Paula sedap dan enak.

“Kebanyakan resepi dia belajar dari buku, tapi sedap tau masakan dia!

“Dulu selalu beli makanan dari luar, tapi bila dia dah pandai memasak ni jarang beli dah,” katanya.

Baim dan model serta aktres itu berkahwin pada 22 November tahun lalu di The Tribata, Jakarta, Indonesia secara tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar