Mempelai, Muhammad Azfar Hassan dan Haniza Aminuddin diraikan meriah dalam majlis di Tanjung Malim, Sabtu lalu. FOTO: Facebook Muhammad Azfar Hassan
SETIAP pengantin pastinya mempunyai tema yang tersendiri untuk direalisasikan pada hari bahagia mereka.
Terbaharu, satu majlis persandingan yang berlangsung di Tanjung Malim, Perak pada Sabtu lalu tampil dengan tema klasik tradisional lengkap dengan perarakan tandu, dayang dan hulubalang ternyata menarik perhatian ramai netizen.
Paparan foto serta video di majlis berkenaan menjadi tular setelah ia dimuat naik ke laman Twitter.
Menurut pengantin lelaki, Muhammad Azfar Hassan, 32, majlis itu berbeza sama sekali dengan persandingan di pihak perempuan di Sepang, Selangor yang menampilkan tema moden pada 6 April lalu.
“Kakak saya adalah individu yang banyak tolong, dia juga bantu pilih serta bagi idea. Sebenarnya kakak dan abang kembar saya pun menggunakan perancang perkahwinan yang sama.
Menurut Azfar, dia cukup berpuas hati dengan majlis yang direalisasikan oleh perancang perkahwinan, Sanggar Masri Klasik.
“Kami memang nak sesuatu yang berlainan, konsep dibincangkan sekitar Oktober dan November tahun lepas, penggunaan tandu pula baru kita putuskan tiga minggu lepas.
“Pihak keluarga pengantin perempuan pun tak tahu akan ada tandu. Mereka terkejut sewaktu majlis hari tu, saya memang gembira dengan hasil yang saya inginkan,” kata Azfar sewaktu dihubungi mStar pada Selasa.
Konsep hari tu tradisional klasik, Melayu campur Padang. Keluarga belah ayah saya ada darah Padang sikit, mak pula ada darah Jawa. Perkahwinan kakak saya dulu pun tema tradisional klasik juga. Saya pada mulanya agak risau, takut orang cakap ketinggalan zaman
MUHAMMAD AZFAR HASSAN
Sewaktu persandingan, isteri Azfar, Haniza Aminuddin, 30, diarak di atas tandu sejauh hampir 500 meter.
Majlis itu turut dibantu empat dayang, empat hulubalang dan empat pengangkat tandu yang mana mereka semua merupakan sepupu kepada Azfar.
Mengulas pemilihan konsep yang memakan belanja sekitar RM5,500 itu, Azfar berkata, ia turut berkait rapat dengan darah keturunan kedua orang tuanya.
Sekitar majlis yang berlangsung pada Sabtu lalu.
“Konsep hari tu tradisional klasik, Melayu campur Padang. Keluarga belah ayah saya ada darah Padang sikit, mak pula ada darah Jawa.
“Perkahwinan kakak saya dulu pun tema tradisional klasik juga. Saya pada mulanya agak risau, takut orang cakap ketinggalan zaman.
“Tapi mujurlah perancang perkahwinan banyak bantu. Rasa macam nak bersanding balik, sebab bestsangat,” kata Azfar lagi.
Majlis pada Sabtu lalu merupakan kesinambungan kepada majlis di pihak perempuan yang berlangsung pada 6 April lalu.
Sekitar 1,500 tetamu yang hadir ke majlis itu turut disajikan dengan lauk pauk seperti ayam golek, daging masak hitam, ikan siakap, kari kambing, acar buah dan banyak lagi.
Dalam pada itu, video majlis berkenaan yang dimuat naik di laman Twitter rakan Azfar, Iman Mukhlis menerima lebih 239,000 tontonan.
Malah, posting itu turut menerima hampir 13,000 ulang kicau (Retweet).
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum mereka dengan pemilihan konsep majlis berkenaan.
VIDEO:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mstar