“Gajet? Kami Hanya Benarkan Yusuf Iskandar Tonton TV Je” – Hanis Zalikha Dedah Cara Didik Anak

Bagi anda yang mempunyai anak, agak-agaknya bilakah masa yang tepat untuk mendedahkan mereka dengan gajet?

Ada antara ibu bapa yang memberikan anak mereka gajet di usia yang awal.

Namun, hal ini tidak dipraktikkan oleh pelakon dan pengacara Hanis Zalikha dalam mendidik anak sulungnya Yusuf Iskandar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy Birthday to the most loving daddy in the world 😍 @hairulazreen

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Menurut entri di Instagram, Hanis menjeleskan kebanyakkan individu berpengaruh seperti Bill Gates mendedahkan gajet kepada anak mereka hanya apabila mencecah usia 14 tahun.

Menurutnya, dia kini masih lagi mencari kaedah terbaik dan buat masa ini Yusuf hanya didedahkan dengan rancangan televisyen sahaja.

“Jadi dia tiada pilihan nak suruh kita tukar-tukar. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan coklat Apollo terbang banyak kat angkasa.

“Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Umur berapa nak bagi anak gajet? Entah. Taknak bagi boleh tak. Geram baca Bill Gates and other tech giants dekat Silicon Valley pun bagi anak diorang gajet bila anak diorang cecah 14tahun ke atas. Padahal diorang yang cipta benda2 camni. Tapi diorang pun beranggapan yang gajet dan easy access to things ni sangat harmful. / Kita macam mana? Takut anak ketinggalan? Tak up-to-date? We are so clueless kesiannya kita. Takde resepi atau formula yang betul-betul terbukti selamat dalam pada menyediakan anak menghadapi masa depan. Kita nak didik anak mengikut zaman, tapi berada dalam zaman yang menakutkan. / Ramai tanya what is our stand with Yusuf and gadget. Just like all parents, kita pun tengah navigate our way through it, mula-mula try cara ni, pastu cuba cara tu pulak. Macam-macam. But for now, we only allow channels on TV. So dia takde pilihan nak suruh kita tukar2. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan cokelat Apollo terbang banyak2 kat angkasa. / P/S: Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Rata-rata warganet memuji dan bersetuju dengan tindakan Hanis menyekat penggunaan gajet terhadap Yusuf memandangkan usianya masih kecil.

Pada yang tidak tahu, kanak-kanak yang terlalu kerap didedahkan dengan teknologi terutama aplikasi dalam gajet terdedah dengan masalah obesiti, penglihatan dan tahap kecergasan.

Anda boleh lihat laporan penuh yang dikeluarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yellow 😍 @jakeltextile

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

 

“Dah Pandai Berdikari” – Muat Naik Video Bancuh Susu, Yusuf Iskandar Dapat Pujian Netizen

Rakaman video anak kepada selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar mendapat perhatian netizen.

Video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) milik Hanis itu menunjukkan gelagat Yusuf ketika membancuh susu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Good. Lepas ni belajar basuh botol and clearkan sinki

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Menerusi video tersebut, Yusuf kelihatan cuba untuk memasukkan susu ke dalam mulutnya namun tidak berjaya.

Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kepandaian Yusuf menolong ibunya di usia dua tahun.

“@dianadanielleb: Good boy tolong mummy.”

“@aqilzulkiflee: Pandainyaaa.”

“@imannabdul: Hehe clever boy yusof.”

“@norhamimah95: Yusuf dah pandai buat susu sendiri..Good boy.”

“@rubyyyazit: Dia dah nak jadi abang..Dah pandai berdikari..Good job yusuf.”

Malah, segelintir netizen kagum dengan cara didikan Hanis terhadap Yusuf.

Video yang dimuat naik semalam mendapat hampir 500,000 tontonan dan hampir 600 komen netizen dengan pelbagai pendapat.

Hanis berkahwin dengan Hairul pada 5 Jun 2015 dan kini Hanis sedang hamil anak kedua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau tak keluar bersiap, memang takde gambar time pregnant ni 😢 Mommy tried sayang, so one day I can tell you, this was me when I was pregnant with you ❤️

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak