Bakal Timang Baby Girl, Hanez Suraya Obses Drama Korea

Pelakon Hanez Suraya yang sarat hamil tujuh bulan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Selepas empat tahun melahirkan anak sulungnya, Putri Aleesya, Hanez bakal melahirkan cahaya mata kedua pada Julai ini.

“Alhamdulillah, saya dan suami bakal menerima cahaya mata perempuan. Biarpun saya berharap untuk mendapat cahaya mata lelaki untuk kelahiran kedua ini, saya tetap bersyukur dengan rezeki Allah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#kurungcottonhanezsuraya ni jugak yang selesa!! Banyak baju dah tak muat!! 😭 . Light Beige Shawl @everyday_kl #kurungcottonhanezsuraya @everyday_kl

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on

“Sebenarnya, saya dan suami sudah mengetahui jantina anak kami semenjak kandungan berusia 19 minggu lagi.

“Saya dan suami tak kisah, asalkan anak yang bakal dilahirkan sihat walafiat dan cukup sifat,” kata Hanez.

Hanez ditemui di majlis baby shower dan pelancaran produk lip tint Cake Pop di Hotel Grand Millennium sebentar tadi.

Mengakui terlalu minat dengan drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua, pelakon telefilem Sayangku Damia ini sering menghabiskan masa menonton rancangan dari negara terbabit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy 4th Anniversary Syg. Semoga perkahwin kita kekal hingga ke Jannah. Semoga kita perbaiki apa yg kurang bersama. Semoga kita sama2 membesarkan anak2 dgn baik dan mendidik mereka menjadi org yg berguna. InsyaAllah. Amin ❤️ #tengahcollectpoint

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on

“Saya memang minat dengan budaya dan industri hiburan Korea. Namun, ketika saya hamil anak kedua, kegilaan itu semakin menjadi-jadi.

“Saya terpengaruh dengan gaya solekan mereka yang natural serta menggunakan lip tint sebagai pelengkap gaya.

“Dari situ, datanglah idea untuk mengeluarkan produk lip tint yang diberi nama Cake Pop.

“Datang dalam tiga seleksi iaitu Watermelon, Strawberry dan Orange, produk Cake Pop boleh didapati menerusi Instagram @cakepop.hq bermula hari ini,” katanya lagi.

Hanez selamat bernikah dengan Romie pada 14 Mei 2015 di Masjid Putra, Putrajaya dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Aleesya pada 30 Disember 2015.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:  Gempak